Friday, March 28, 2014

Wahai hati

Sedih?

Oh tidak.Mengapa perlu sedih.

Senyumlah. Bergembiralah.

"Sedih sebab macam-macam yg aku lalui.

Engkau takkan rasa macam mana aku rasa bro. Kau tak paham."

Demikianlah, suara hati yg dtgnya dari seorang insan, yg bergelut dgn
onak kehidupan.

Memang benar. Kita takkan faham, apa yg dia hadapi, melainkan kita melalui apa yg dia lalui.

Tapi renungkan.

Fikir sebentar.

Buka mata hati, luaskan skop kehidupan.

Apa yg hendak dirunsingkan?

Bukankah, semua manusia ada ujian dan masalah tersendiri?

Ada masalah kecil ada masalah besar.

Masing-masing dgn ujian tersendiri.

Semuanya sudah ditakdirkan oleh Allah.

Berkata syeikh nuruddin al banjari;

"Semakin dekat seseorang itu dengan Allah, makin banyak goncangan dan ujian yg akan dilalui, ianya untuk memuliakan hamba itu".

Tujuan ujian kehidupan bukanlah untuk kita menjadi pasif dan murung.

Tetapi agar kita celik mata hati.

Supaya kita sentiasa bermuhasabah diri dan perbaiki diri.

Agar kita sedar, bahawa kita ni dihantar ke muka bumi sebagai hamba.

Dan selayaknya diuji oleh Allah mengikut kemampuan seseorang.

Siapakata hidup ini senang .

Orang yg termulia , Nabi Muhammad Saw pun diuji dgn pelbagai ujian, tatkala menyampaikan kebaikan dgn kebenaran.

Inikan pula kita. Jauh lebih rendah ujian kita berbanding dgn para salafusoleh.

Hati ini kdg-kdg leka dgn kehidupan.

Maka dgn sbb Allah mahu kita dgn nya , Allah dtgkan ujian.

Agr kita kembali dgn kepadanya dgn kerendahan hati.

Lihatlah ujian itu sebagai alat untuk mendidik jiwa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...