Wednesday, January 29, 2014

Cinta. Apakah?

Assalamuaikum!
Semoga semua berada dalam kesihatan yg baik ^_^
Fuh lama nya aku tak berblogging!
Okay tajuk kali ni agak relevan org² muda . Tapi  tidak bermakna yg dah lanjut umur tak relevan.
Jadi. Apakah cinta?
Adakah ianya suatu benda yg kita dapat melalui couple?
Ataupun dari sms/whatsapp/facebook/twitter dll.
So macamana?
Itu hak masing² nak definisikan maksud cinta itu.
Bagi saya.
Cinta itu suatu perkara yg sangat mahal.
Perkara yg susah untuk diraih, kerap kali tidak dihargai.
Hmm jadi penulis ni ada makwe ah?
Macam touching je.
Ahoy!
Jangan fikir bukan² hahaha
Saya bagi contoh yang sangat simple.
Basically, bagi yg bergelar muslim, kita percaya bahawa Allah , adalah Pencipta kita.
Dia lah yang menghidupkan kita, dan mematikan.
Dialah yang Maha Pemberi.
Memberi perkara sekecil² perkara hingga sebesar² perkara.
Contohnya dia memberi kita udara yg bersih untuk bernafas.
Memberi kita 2 biji mata untuk melihat.
Tidakkah itu suatu tanda kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya?!
Lalu kita , selaku hamba, kerap kali lupa akan Sang Pencipta kita, sedang kita ini dicipta olehNya.
Tulah yg sy nak cakapkan tadi. So clear dah?
Untuk mencintai makhlukNya, kita perlu mencintai Allah terlebih dahulu, baru kita hidup kita akan lebih bahagia.
Cinta suatu perasaan yg sangat sukar digambarkan.
Tetapi bagi saya, cinta kepada makhlukNya, kerana Allah, adalah cinta yg sangat superb dan osem!
Cinta kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Cinta kepada ibu bapa.
Cinta kepada keluarga.
Cinta kepada jiran tetangga kita.
Cinta kepada saudara seislam kita.
Cinta kita umat Nabi muhammad SAW.
Semuanya dicinta kerana Allah.
Cinta keranaNya, adalah suatu cinta tidak mungkin ada bandingan.
Sebelum kalian bercintan cintun,mencari pasangan.
Siapa bakal imamku.
Siapa isteri solehahku.
Dan soalan yg sewaktu dgn nya.
Sila belajar untuk mencintai Allah!
Blajar untuk mengenalNya, mendekatiNya
Belajar untuk mencintai makhlukNya untuk Dia!
Dengan memperoleh kecintaanNya lah baru kita mendapat kebahagian.
Orang yg memberi, akan mendapat apa yg dia beri.
Org yg tidak mencintai tidak akan dicintai!
Ayuh!. Sama² meraih mardhatillah!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...