Monday, January 20, 2014

Tak takut?

Assalamuaikum semua!
Mudah-mudahan semua sihat belaka! ;)
Korang pernah tak nak buat kerja jahat, tapi rasa macam taknak buat, sebab korang tahu dosa?
Kalau korang pernah rasa macam tu, saya ucapkan tahniah dan syabas!
Kerana korg ada iman !
Tapi kan pernah korang zaman skrg ni,
Banyaknya membuat kerosakan dan kemungkaran. Contohnya ;
Tidak melaksanakan solat!
Mencuri duit tabung masjid/surau
Berzina, meminum arak.
Berbohong dlm urusan dunia
Tidak amanah apabila diberi suatu tanggungjawab.
•curi² makan ketika bulan ramadhan!
perbunuhan bersiri,perogol bersiri,penderaan anak.
Haa. Korang mesti tahu kan perkara² ni lah, yg kita sedang lalui, dalam masyarakat kita.
Syukur Malaysia masih aman!
Ai?*i smell sarcasm please.!
Kata Ustaz Azhar Idrus dalam satu kuliahnya,
"Tidak dicabut keislaman seseorang melainkan dengan mencabut keimanan seorang muslim itu. Apabila dicabut keimanannya, maka hilanglah sifat ketaqwaannya, dan lenyaplah identiti keislaman itu!"
Ha amek!
Islam atas dasar kad pengenalan sahaja!
Tiada ilmu dan amal.
Seseorang itu tidak mengenali Allah dgn sifat-sifatNya , dan sifat mustahil maka mana mungkin dia memahami konsep kehidupan bersyariat yg dianjurkan islam.
Apa erti kehidupan yang tiada agama.
Ibarat rumah yg besar, tetapi tiada penghuni.
Hidup mewah, kaya raya, tetapi tidak mengenal Tuhan.jiwa yang meronta-ronta kekosongan tanpa pengisian.
Tiada erti kehidupan..
Bila tidak mengenal Allah, maka wujudlah kerosakan dibumi
Meninggalkan solat 5 waktu dikira okay.. apantah lagi kalau berzina!
Mereka tidak rasa bersalah dalam melakukan dosa. Malah ada yang berbangga!
Moga Allah selamatkan kita dari krisis yg melanda umat ini!
Maka, permasalahan yang utama dalam masyarakat kita bukan sperti berikut
kekurangan polis
kurang cctv
kurang guru pendidikan islam
Tetapi yg paling utama sekali adalah memperbetulkan akidah umat ini.
Perkara akar sekali!
Foundation(asas) sesebuah rumah mesti kukuh!
Kalau tidak pasti esok lusa, pasti suatu hari akan runtuh.
InshaAllah.apabila akidah betul, tindakan seseorang itu inshaAllah betul, kerana sedar akan kwujudan Allah !
Barulah terbinanya sifat taqwa seseorang dan bertambah lah keimanan seseorang itu kepada Allah!
Kehidupan tanpa mencari redha Allah, adalah kehidupan yg sangat merugikan, bukan disini sahaja, di hari akhirat!
Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan rahmat pada kita, untuk sentiasa sedar, tujuan hidup kita yg sebenarnya!
Kata ustaz amin;
Orang yang tahu tak semestinya sedar, tetapi orang yang sedar inshaAllah dia tahu!
Ok. Sekadar itu sahaja dari saya..
Peace yaw!
Allahua'alam


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...