Monday, December 31, 2012

Kritikan dan teguran yang membina hidup.

Assalamualaikum! pada post hari ini , haris akan menggariskan tentang nasihat dan teguran.


Setiap hari, haris akan diberi teguran dan kadang kadang kala juga dikritik. 
"Woi haris kau ni kenapa? Banyak cakap sangat la ,bising tahu tak?,"kata kawan saya kepada saya.
bisik hati ku" ah,suka hati aku la, macam kau tu bagus sangat"  
Pernah tak kita terima teguran ataupun kritikan ,yang seumpama situasi ini? Haris seringkali ditegur, dan hakikatnya , haris umpama tidak menerima apa yang dikatakan oleh orang. Namun apakan daya, kritikan dan teguran ini umpama ubat yang pahit rasa nya, tapi perlu dimakan untuk menjadi lebih baik. Kurangnya diri kita ini, dan hinanya diri kita. Kepada Allah jualah kami kembali dan Tiada kekuatan dan daya upaya tanpa izin Allah.

Seharusnya , sepahit mana pun, sejahat mana pun teguran tersebut, jika kalau ia membuat kan kita lebih baik, kita harus menerimanya. 


Kita ini lemah, kita hanyalah hamba Allah , kerana itulah kita mesti meminta pertolongan pada Allah untuk memperbaiki kelemahan . Tetapi bukannya semua yang harus kita dengar, kerana ada orang mengata, menfitnah ,mencaci sebagai nya yang tiada asasnya, tidak perlu dilayan sama sekali. Tetapi jika ia berkaitan dengan akhlak ataupun ibadah  kita, semestinya kita perbaiki diri.




Pengajaran :
  • Kita seharusnya menegur secara ikhlas, bukannya untuk menjatuhkan seseorang.
  • Kita  kadang kala , bertanya untuk bersoal tentang kebijaksanaan seseorang itu, Ada kekeliruan antara ayat bertanya dengan ayat mempersoal. Ayat bertanya adalah dengan tujuan meminta informasi. Manakala ayat mempersoal pula mempersoal kebijaksanaan orang yang ditanya.
  • Jika kita mempersoal kebijaksanaan orang yang ditanya, boleh menyebabkan pergaduhan ataupun kecil hati orang yang ditanya. 
Mari lah kita menegur sesama sendiri, kerana sesungguhnya Nabi pernah bersabda ;

“ Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain"(HR At-Thabbrani dari Anas RA). 

2 comments:

  1. assalamualaikum.Haris.
    sikit komen utk blog yg sgt informative nih.
    mungkin boleh ubah cara penulisan bagi size tulisan.besarkan sikit kalau boleh sbb kalau tulisan kecil and tak main dengan warna, readers senang hilang focus nak baca..harap pertimbangkan. tq. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen kamu bielya :) Akan diperbaiki pada masa akan datang .
      jazakallahu khairan

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...