Saturday, January 5, 2013

Stress? Masalah Hidup?

Pernah tak korg merasa sedih dan pilu , disebabkan kehidupan ni? 

Korg pernah tak rasa sedih sebab banyak sangat hidup yang kita timbul dalam hidup .Dan pernah tak korg berasa sangat lemah , tiada tempat nak mengadu?

Jom kita tengok masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat dunia yg "moden" ini.Pada kali ini ,saya akan menghuraikan tentang tajuk Stress.



 Korang tahu tak mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.
Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, seseorg yg  berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, boleh menambah teruk?

JADI, kenapa STRESS? relax la, setiap kesusahan pasti kemudahannya. jom kita tengok kenapa kita boleh STRESS dan cara nak menyelesaikannya.


Memang kadang-kadang kita sering merasa banyak nya masalah hidup.
Contoh nya masalah ditempat kerja, Bos suka marah2,banyak lagi kerja yg tak siap , 
Masalah di sekolah , cikgu bagi banyak homework,
Masalah di rumah,  kena  marah dengan ibu bapa

Macam macam MASALAH kan? kenapa kita sering di timba musibah? relax la, setiap kesusahan pasti ada kemudahan hehe.

Cuba anda perhatikan satu surah di dalam alquran yang menegaskan bahawa sesudah kesusahan itu tentu ada kesenangan? Dunia ini memang tempat ujian. Ada ujian kesusahan dan ada ujian kesenangan. Asalkan kita orang beriman, selepas kesusahan tentu ada kesenangan, dan syurga itulah kesenangan yang hakiki.

Al-Insyirah adalah Surah yang ke-94 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri dari 8 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah.





Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

KETERANGAN 
Ada ahli tafsir yang mengatakan bahwa melapangkan dada ialah yang terjadi pada malam israa mi'raj ketika Nabi sw. dibelah dadanya untuk ditambah nur iman, keyakinan dan kesabaran.

 Abu Said Al Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
"Jibril datang kepadaku dan berkata: Tuhanku dan Tuhanmu bertanya, Bagaimanakah Aku mengangkat setinggi-tinggi nama sebutanmu? jawab Nabi saw. Allahua'lam. Tuhan berkata: Jika nama-KU disebut maka namamu juga disebut bersama nama-Ku". 

Anas bin Malik ra. berkata: Ketika Rasulullah saw. duduk dan dihadapannya ada batu tiba-tiba ia bersabda:
"Andainya kesukaran datang dan masuk ke dalam batu ini niscaya akan akan datang pula kelapangan dan masuk ke dalam batu ini untuk mengeluarkan kesukaran itu. Maka tutunlah ayat 5 - 6.
(HR: Ibnu Abi Hatim). 

Abu Hurairah ra. berkata , Rusulullah saw. bersabda:
"Pertolongan dari Allah diturunkan dari langit menurut kadar beban keperluan dan turunlah kesabaran menurut kadar ujian musibah. Jika engkau telah selesai dari urusan duniamu maka tegakkan dirimu untuk melakukan ibadah dan kepada rahmat Tuhanmu sajalah engkau tetap berharap". 


Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kita harus ingat, kita ini HAMBA ALLAH, esok lusa kita taktahu , bila kita dikembalikan kepada Tuhan yang Agung. Kadang kadang jiwa kita gelisah , KENAPA? Sebab kita jauh dari Allah, Tuhan semesta alam, yang Menciptakan kita. Kita lalai, dengan keseronokan didunia. Kita lupa , yang Hanya mampu Menolong kita, adalah ALLAH,"Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia."
Jangan anda risau, Allah Maha Melihat hamba hamba nya yang meminta pertolongan dari Nya. Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

tips menghadapi musibah :-

  1. Renungkan hubungan kita dengan Allah.
  2. Solat sunat
  3. Doa kepada Allah , mintak pertolongan dari Nya
  4. baca Alquran, baca maksudnya dan dalami maknanya
  5. minta nasihat dari alim ulama atau uztaz
  6. nyatakan masalah kepada keluarga yang terdekat
  7. pilih sahabat yang boleh beri kata kata semangat
  8. renungkan kan kembali musibah yang menimpa kita adalah kecil jika dibandingkan dengan saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita
  9. mantapkan iman dan amal kita
  10. redha atas ujian dan ketentuan Allah swt

  11. Ingatlah , bahawa Baginda Rasullulah saw , hendak berdakwah dan mengajak kebaikan pun kena maki hamun, kena fitnah, kena cela, kena baling najis. kita ini baru musibah yang kecil, dah banyak stress, dan merungut apa yg ujian Allah beri. Jom kita muhasabah diri , untuk memperbaiki diri kita ke arah kebaikan. In sha Allah :)
    Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...