Haa. Mesti ada yang tanya apa yang 50 soalan nya eh? Sebelum itu, apa kata kita kenal dulu, Abu Yazid Al Bustami .
Bak kata orang ,tak kenal, maka tak cinta :D
Abu Yazid Al Bustami,ialah merupakan seorang ahli Sufi ,yang pernah belajar dari Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah.
- Beliau dilahirkan di Bustham, wilayah Parsi.
- Sejak dalam kandungan ibunya lagi beliau sudah menunjukkan kelebihan yang luar biasa ,Apabila ibunya termakan makanan yang diragui halalnya, anak dalam kandungannya akan memberontak sehingga makanan itu dimuntahkan semula.
- Kerana itu,sejak dilahirkan, ayah dan ibunya memastikan setiap makanan yang disuapkan ke mulut Abu Yazid al-Bustami dipastikan daripada punca yang halal.
- Apabila berumur 7 tahun, Abu Yazid al-Busthami dihantar ke sekolah untuk mempelajari al-Qur’an.
bermula lah alkisah,Abu Yazid Al Bustami,yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan.
Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinyaIa masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."
Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.