Sunday, February 15, 2015

Cinta Kampus (Cerpen)




"Mat,engkau dengar tak apa aku cakap ini. “, kata Salman, dengan perasaan yang sedih dan letih kerana kata-kata tidak didengari oleh Muhammad, rakan karibnya sejak di bangku sekolah.

Ketika itu, Mat tersengih-sengih melihat whatsapp yang di hantarnya kepada Ton, seorang gadis yang paling cantik di Kolej mereka.Dek kerana keasyikan membalas whatsapp kekasih hati yang tidak halal baginya, dia tidak mengendahkan langsung apa yang diperkatakan oleh Salman.

“Mat, engkaukan pejuang agama, utamakan apa yang lebih utama dari ini, ini melemahkan engkau! Cinta sifatnya menyuburkan, memperteguhkan diri untuk perjuangan, bukan melemahkan engkau, bukan membuatkan engkau lalai!”, kali ini, Salman meninggikan nada suaranya.

Mat tersentap dengan kata-kata rakannya yang “islamik” itu. Dia menjeling Salman, lalu menekan butang lock screen bagi  Iphone 6  barunya itu. “Ah bising la engkau Man, tak payah la islamik sangat, diam-diam jelah!”

Salman, tertumbuk mendengar kata-kata Muhammad. Dia tahu, kalau dia membalas semula, apa yang dikatakan oleh kawannya itu, akan menyebabkan pergaduhan. Makanya, dia pilih untuk mendiamkan diri, lalu senyum sebagai tindak balas untuk tidak meretakkan tali persahabatan mereka.

Muhammad, adalah seorang yang MPP di Kolejnya, dan memegang jawatan sebagai exco ekonomi bagi kelab Dakwah Islam. Mukanya persis pelakon Orlando Bloom, kulitnya kuning langsat, gaya rambutnya seperti David Beckham, pemakaiannya yang mengikut trend, menjadikan dia seorang yang popular di kalangan wanita.

Setiap statusnya yang islamik, pasti akan mendapat sambutan. Dalam beberapa minit akan mendapat 1000+ like, dan beratus share. Setelah mendapat sambutan, like dan share, pasti aka n ada gadis-gadis yang menulis di ruangan komen status tersebut.

Berbeza dengan Salman, walaupun dia seorang yang tampan, berkulit putih, tetapi dia seorang yang tidak di kenali ramai, lebih-lebih lagi di kalangan kaum hawa. Dia juga seperti Muhammad, seorang yang memegang jawatan tinggi di dalam kelab Dakwah Islam, namun dia menitikberatkan tentang pergaulan di antara perempuan dan lelaki. Bagi Salman, seorang lelaki yang mahu memperjuangkan agama seharusnya, menjaga pergaulannya bukan sahaja di khalayak ramai, tetapi juga di alam maya juga. Prinsip yang teguh ini, di pegang oleh Salman sejak dari bangku sekolah lagi, menjadikan dia seorang yang berpendirian dalam kehidupan.

Petang itu, seperti hari-hari biasa, Muhammad akan mengayuh basikal di sekeliling kampus kolejnya. Kebetulan pada petang tersebut, ramai pula kelihatan berdating. Ramai dikalangan siswa dan siswi yang kononnya bergelar islamik , terjebak dalam perjumpaan sebegini.

Muhammad berbisik di dalam hatinya ,“ Eish dorang ni, takkan tatau apa hukumnya berdating dan bercouple.Bukan ke haram?”. Dia hanya mampu berbisik di dalam hatinya, namun tidak mampu untuk mencegah kemungkaran. Hatinya binggung, kerana tidak mampu mencegah kemungkaran, hanya dapat membenci di dalam hati. Dia meneruskan mengayuh basikalnya untuk kembali ke blok asramanya, kerana kelihatan matahari sudah ingin terbenam, hampir menjelang maghrib.
Setelah bersiap-siaga untuk solat berjemaah maghrib, Salman menegurnya,“Weh,Mat jomlah sekali, dah azan dah ni, cepat sikit sampai”.

“Vroommmm”, berdetum-detum bunyi motosikal lama milik Salman. Sesudah tiba di masjid, kedengaran imam mengangkat takbiratul ihram, “Allahuakbar”. Mereka berdua bergegas ke tempat wuduk, dan terus ke dewan solat.  Terkumpullah, sekalian pelajar dan orang awam, untuk menunaikan solat, kewajipan bagi umat Islam di sana.
 

Biarpun tubuh badan Muhammad berada di dewan solat, tetapi fikirannya menerawang memikirkan gadis pujaan hatinya. Dia teringat mesej whatsapp yang di hantar oleh Ton, “Awak hati-hati naik motosikal, jaga diri, solat dengan khusyuk ye!” .  Hatinya tidak khusyuk, memikirkan whatsapp yang seterusnya. Begitu licik sekali, iblis menipu hamba-hamba Allah,  menipu melalui mesej-mesej yang berbunyi Islamik.

Bergelut dengan fikiran yang melayang, tetiba kedengaran imam memberi salam. Lalu Muhammad pun, menamatkan solatnya itu. Setelah tamat solat, Muhammad terus meluru memegang Iphone 6, yang canggih itu, dengan membuka aplikasi whatsapp. Dia menaip “Assalamualaikum, sudah selesai solat maghrib? :) “,dengan laju sekali dia menulis kepada Ton, gadis berpurdah yang berkulit putih menjadi kegilaan ramai di kampus.

Kebetulan Salman, yang berada disebelahnya, menyedari akan perkara ini. Dia hanya memerhati sahaja, dan memilih sekali lagi untuk mendiamkan diri. Dia tahu, rakannya itu sedang hangat bercintan-cintun dengan Aton.  Menyedari hal ini, Salman berhati-hati dalam ingin menegur. Dia ingin memilih masa yang sesuai untuk menasihati kawannya itu.

Setelah selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid Makmur, para jemaah disajikan pula dengan ceramah oleh ustaz jemputan. Kebetulan, tajuk pada malam itu, berkenaan cinta. Bertepatan dengan situasi Mat, yang kononya sedang bercinta. Salman berbisik pada Mat,” Weh, Mat, baik engkau dengar ni, pasal cinta.”

Mat pada mulanya ingin balik dan menyambung whatsapp dengan Aton, tetapi setelah dipujuk oleh rakan baiknya itu, dia memilih untuk duduk sementara menunggu waktu Isyak.

“ Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah, yang memberikan kekuatan kepada kita untuk menunaikan solat secara berjemaah,” kata Ustaz tersebut yang berumur dalam lingkungan 50-an.

Mat merasa bangga, setelah mendengar kata-kata tuan guru itu. Tetapi perasaannya berubah, apabila tuan guru itu menambah “Ketahuilah, berapa ramai yang bersolat, tetapi solatnya itu tidak mampu memberi bekas pada kehidupannya.Solat mereka hanya pergerakan fizikal, tidak langsung di sertakan hati yang tunduk pada kekuasaan Ilahi. Hati mereka memikirkan perkara-perkara yang bukan-bukan. Ini jelas bahawa, mereka mencintai perkara lain melebihi cinta mereka kepada Tuhan.”

Mat terpaku. Dia terpinga-pinga mendengar ceramah tuan guru itu. Seolah-olah dia disambar petir.Ceramah itu kena pada batang hidungnya sendiri.
Mat berbisik pada dirinya,” ah, orang tua ni, kutuk aku ke?, entah-entah Salman ni dah rancang nak  malukan aku kot,”.

Setelah Mat mendengar sekerat kata-kata tuan guru itu, dia pun memekakkan dirinya, dengan mengangkat kaki dan beredar balik ke biliknya. Dia memilih untuk menunaikan solat Isyak bersendirian. Perasaan bercampur baur dengan pelbagai perasaan.

Selesai sahaja solat Isyak, dia ke Kafeteria Selera.  Dia beratur panjang untuk mengambil nasi putih dan lauk ayam masak kurma. Kebetulan, Aton sedang makan dibahagian Muslimat. Tersengih-sengih Aton dan Muhammad, kerana terjumpa secara kebetulan. Tersenyum panjang Mat, setelah Aton beredar makan. Mat makan dalam keadaan yang gembira, kerana terserempak dengan kekasih gelapnya itu. Setelah selesai, menghadam makanannya itu, dia beransur ke biliknya.

Sesudah sampai ke biliknya, dia membuka lokernya, untuk menukar pakaian. Baju kegemarannya iaitu baju pagoda, yang nipis , enak untuk dibuat tidur, dan  kain pelekat jenama yang paling diminatinya, Gajah Baring. Terasa berangin apabila ingin tidur, lebih-lebih lagi kalau katil yang berada diatas. Nikmatnya berganda-ganda. Selalunya selepas Isyak, Mat akan membaca Al-Quran, tetapi setelah mendapat nombor Aton, dia tenggelam dalam dunia kecintaaannya. Berwhatsapp sehingga ke lewat pagi. Kadang-kadang dia tidur, pada pukul 1 pagi, kadang-kadang pukul 2 pagi.
Kononnya, cinta hingga ke syurga. Tetapi pada hakikatnya di tipu oleh iblis. Licik sungguh si iblis.
Setelah azan subuh berkumandang, Salman mengejutkan si Muhammad. “Weh Mat, bangun Mat, jom subuh”, kata Salman kepada Mat, sambil menggerakkan Muhammad yang sedang tidur mati.
Setelah beberapa kali diseru oleh si Salman, maka Salman terpaksa meninggalkan kawannya itu.   
“Huaa, cerahnya, kenapa lampu terbuka ni”, omel si Mat. Padahal bukan lampu yang terbuka, ia adalah sinaran matahari. Langsir disengaja dibukakan oleh Salman, agar Mat senang untuk bergerak ke kelas. Setelah mencelikkan mata, barulah Mat tersedar. Sudah pagi yang cerah, dia terlewat untuk kelas ekonomi, yang di kendalikan oleh Encik Ridhuan, seorang yang tegas dalam hal-hal berkaitan dengan masa. Dengan rasa gelisahnya, dia segera mengambil tualanya yang busuknya itu untuk mandi kerbau. Sesudah siap memakai baju yang berwarna biru gelap berjenama Topman, dia bersegera untuk ke  kelas ekonomi. Kebiasaannya dia akan menumpang Salman untuk ke kelas ekonomi, namun pada kali ini, dia terlewat, terpaksa dia berjalan kaki untuk ke sana. Kelas ekonomi pula berada jauh dari asramanya, terpaksa dia berlari untuk mengejar masa.
Sesudah sampai ke kelas ekonomi, dia ingin membuka pintu, tetapi telah di kunci oleh Encik Ridhuan. Lalu, Mat menebalkan mukanya dengan mengetuk pintu tersebut.
“Pung, Pung”, ketukan Mat yang kedengaran hingga ke dalam kelas.
Encik Ridhuan, yang lebih mesra dengan panggilan Encik Duan, meluru ke arah pintu. Dia pun membuka pintu lalu berkata kepada Mat ,” Awak balik! Saya kan dah cakap saya tak suka pelajar saya lambat. Macam mana awak susun masa awak hah?”
Muka Mat merah pendam setelah di marahi oleh Encik Duan. Nasibnya  sudah jatuh ditimpa tangga  kerana sudahlah penat berlari ke kelas, tidak boleh pula ke kelas.
Pada hari itu pula , sepatutnya dia membentangkan kertas kerja ekonominya di hadapan kelasnya tetapi di sebabkan dia tidak di benarkan masuk, maka dia tidak dapat membuat perbentangan. Nasibnya sangat  malang. Terasa rugi. Hatinya berkecamuk, dipenuhi dengan perasaan yang sedih. Dia membawa dirinya ke rumah Allah. Dia melakukan solat taubat. Dia mengakui kesilapannya, dia berdoa dalam keadaan yang sangat khusyuk’ dengan penuh harapan dia menadah tangan ke hadarat ilahi,” Ya Allah, tunjukkilah aku jalan yang benar, sesungguhnya aku berasa diriku sangat lemah tanpaMu , Ya Allah. Aku tidak tahu sedangkan Engkau Maha Tahu. Tunjukkan aku di mana silap aku, agar aku tidak lagi mengulangi kesilapanku.”
Dengan takdir Tuhan, Salman berada di situ, lalu dia menyapa Mat.
“Kenapa ni, Mat. Kenapa engkau menangis? Dah-dah jangan menangis”,Salman mengeluarkan sapu tangannya, lalu mengelap air mata yang membasahi pipi sahabat baiknya itu. Mat pun berhenti menangis, lalu bertanya kepada Salman, “Kenapa hari ini, hari yang malang bagi aku , Man?
“Mat, tiada yang malang bagi hambaNya yang dekat denganNya. Tiada beban yang Allah berikan, melainkan berdasarkan kesanggupannya. Allah menguji hamba-hambaNya mengikut kadar kemampuan mereka. Bagi menapis hamba-hambaNya yang benar-benar ikhlas dalam berjuang di JalanNya.”
“Tapi Man apa yang aku dah buat?”, soal Muhammad.
“Cuba engkau renungkan, sejak engkau tidak menjaga ikhtilat di alam maya, engkau dah semakin sukar untuk beribadat kepadaNya. Suatu tiang dari agama telah tertanggal, akibat engkau meninggalkan solat subuh. Bila kali terakhir, engkau solat dengan benar-benar berharap padaNya? Bila kali terakhir engkau berdoa dalam keadaan yang benar-benar meminta padaNya? Mungkin diri kita solat, tetapi yang hadirnya badan sahaja, bukan dengan hati yang tenang dan akal yang sihat.”
“Jadi apa yang harus aku buat,Man?” ,tanya Muhammad lagi dengan kebinggungan.
“ Engkau harus tinggalkan  chatting engkau terhadap Aton. Aku tahu ini sukar, tetapi anggaplah ini  sebagai satu proses pengtarbiyahan engkau untuk menjadi lebih baik dan lebih dekat dengan Allah.”, kata-kata Salman menusuk jiwa Muhammad.
Dia terdiam seketika, mendengar kata-kata yang terbit dari mulut sahabatnya itu.
”Cintakan fitrah?” soal Muhammad.
“Ya. Cinta itu fitrah. Tapi, ingat, cinta boleh hancurkan kita, cinta juga boleh meningkatkan darjat kita di sisi Allah, bergantung pada BAGAIMANA kita URUSKAN cinta.Jangan ingat, cinta ni setakat cinta buayafriend ataupun gelifriend. Jangan sempitkan sangat pemikiran tu wahai sahabatku. Cinta bukan sahaja untuk itu sahaja. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada ibu bapa, dan cinta kepada sahabat-sahabat.
Cinta ni nikmat. Tanpa cinta, kita takkan mampu berkorban diri masa harta dan tenaga untuk Allah. Tapi, bila Allah bagi sifat cinta, dan kita gunakan ia untuk cinta Allah, maka kita akan sanggup korban segala-galanya untuk dapat Allah!
Janganlah salah gunakan nikmat Allah ni dengan cinta yang tak sepatutnya.
 “Bagaimana aku ingin melupai Aton? Aku asyik teringatkan dia, dan aku  rasa amat susah untuk lupakannya!” soal Mat dalam keadaan binggung.
“Seperti mana kita selalu lupakan Allah, abaikan Allah, langsung tak hiraukan Allah, langsung tak berkorban untuk Allah, dan sentiasa buat Allah marah, sehingga kita LUPA dan LANGSUNG tak cintakan Allah, seperti itulah kita perlu buat kepada orang yang kita cintai.Kalau kita mampu lupakan Allah selama ini, takkan kita tak mampu lupakan orang yang kita cintai?”Menangislah dan berubahlah. Rupa-rupanya, cinta kita kepada Allah selama ini adalah palsu. Pun begitu, adakah kita sedar bahawa Allah masih lagi mencurahkan kasih sayangnya pada kita walaupun Allah tahu bahawa cinta kita padaNya adalah palsu?Kerana itu, taubatlah. Kembalilah pada Allah. Menangislah padanya. Dan, berubahlah!” Jawab Salman dengan tenang. Jawapan yang diberi amat sukar untuk di terima oleh Muhammad.
Setelah nasihat yang diberikan oleh Salman, Muhammad mula untuk mengoreksi dirinya kembali.
Sedikit demi sedikit, dia mula meng”unfriend” di facebook dan juga rakan-rakan di Whatsapp, terutama yang bukan mahram. Dia mula merangkak dalam perubahannya ini, dengan memulakan dengan membuang rakan-rakan yang tidak menutup aurat. Kemudiannya, setelah mendapat kekuatan, dia membuang pula rakan-rakan yang menutup aurat, yang tidak ada kaitan dengannya. Pada akhirnya, dia mampu membuang Aton dari kehidupannya secara keseluruhan. Kini Aton telah pun berhenti pengajian, kerana tidak mampu menerima hakikat yang dia telah ditinggalkan oleh Muhammad.
Setelah meninggalkan kehidupan jahilliyah, dia kini ternyata lebih hebat daripada dahulu. Penghijrahannya memberi kesan yang mendalam di dalam kehidupannya. Dia telah berjaya mendapat, anugerah Dekan bagi setiap semester. Selain itu, dia juga menyaingi rakan baiknya, Salman dalam menguatkan jentera dakwah dan tarbiah, penyusunan program untuk pelajar-pelajar di Kolej mereka. Namanya disebut-sebut didalam dan diluar Kolej.
Setelah berjaya istiqomah, dalam menjaga ikhtilat, dia telah bertemu jodoh dengan Naib Presiden Kelab Dakwah Islam, Nur Jannah dan kini di kurniakan cahaya mata, yang sangat comel yang bernama Saiful Islam, dan Hasanuddin. Semuannya asbab Muhammad berjaya meninggalkan gaya hidup jahiliyyahnya, Allah gantikan sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini.



                                                                 The End.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...