Thursday, January 3, 2013

2013, tahun baru.

2013. Eh? dah tahun baru dah?

haha sorry saya post lambat ,pasal tahun baru! Saya amat busy dengan kerja harian saya.Anyway, Selamat menyambut tahun baru kepada semua pembaca,moga tahun ini Allah merahmati kita semua dan mendapat petunjukNya .Amin~

Pada post kali ni, kita akan membincangkan tentang tahun yang baru ni. 

Hmmm. Saya tahun ni 21 la.
 Barangkali mesti ada yang kata , "eleh mamat ni. Muda lagi. nak cakap pasal agama pulak". jangan risau, saya pun pesan pada diri saya dan rakan rakan pembaca semua, kita muhasabah diri bersama sama.
Setiap tahun, setiap minggu ,setiap hari,setiap jam, setiap saat, kita telah menjadi tua, secara sedar atau pun tidak. mungkin ada jugak yang umur lebih muda dari saya,tapi adik adik disana boleh menjadi lebih baik dari saya jika kalau menggunakan masa diperuntukkan.
Sebab kita mengejar :husnul khotimah, pengakhiran yang baik.

Ada juga mungkin yang mengatakan, "lek aaa bro, muda lagi ni. Nanti dah tua sikit baru la taubat,masa muda la nak enjoy enjoy. "
Sebenarnya , anggapan ni sangat salah dan harus diperbetulkan. Masa muda ini lah kita jadikan asas untuk masa hari tua kita. Sebab jika kalau kita melakukan perkara mungkar atau perkara yang dilarang oleh agama yang kita lakukan semasa muda, nescaya kita akan terikut ikut bersama pada waktu tua. Itu yang kadang kadang kita tengok ada pulak pakcik yang berperangai macam budak muda. haha eh? Usia tua ,jiwa muda kata nya.


Jom kita renungkan latar belakang kisah kisah orang-orang soleh yang menggunakan usia muda mereka dengan sebaik mungkin suatu ketika dahulu, muhasabah diri seketika , jom

Usamah bin Zaid R.A 

  • Pada usia 15 tahun beliau sudah menyertai perang.
  • diangkat menjadi jeneral perang pada usia 18 tahun
  • Mempunyai pengalaman dalam Perang Khandaq,Perang Hunain,Perang melawan Romawi

Imam Syafie 

  • pada umur 9 tahun telah menghafal alquran.
  • Semasa berusia 10 tahun pula, beliau menghafal dan memahami kitab al-muwattak yang ditulis oleh Imam Malik.
  • Ketika umur 15 tahun pula beliau telah mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid Al-Haram kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa. 
Imam Hanbali
  • Menghafal Al Quran ketika umur 14 tahun dan mempelajari ilmu hadis dan fikah 
  • Ketika berusia 16 tahun sudah merantau ke Kufah, Basrah,Syam, dan Yaman.Beliau gigih dalam menuntut ilmu sehingga kan tidak rela berkahwin pada usia muda.
  • Menuntut ilmu sehingga 40 tahun

Sultan Muhammad Al-Fateh


  • Tersebut dalam hadis Rasulullah SAW:-
  • Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
  • Ayahandanya,Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
  • Baginda menaiki takhta ketika berusia  19 tahun,memerintah Konstantinopel juga dikenali sebagai Instanbul ,Turki.


Manakah kedudukan kita jika dibandingkan umur kita dengan diri mereka sewaktu mereka muda? Hmmm jauhnya beza :( hehe. Mesti ada yang fikir, "ala mereka ni orang orang hebat,mana boleh aku capai tahap macam dorang". Memang lah kita tidak mungkin capai tahap seumpama mereka. tapi kita sekurang kurangnya boleh mencapai perkara yang baik dalam hidup. Mencari jalan yang benar dan jalan yang diredhai oleh Allah. itu pun dah memadai. Nak mencari jalan yang benar memang sudah tentu ada cabaran nya, tapi jangan risau, jika kalau anda berniat dan melakukan penghijrahan korg tu dah ditulis pahala oleh Allah.
Esok lusa belum pasti lagi. Apa yang hari ini kita gunakan sebaik mungkin. Rebut peluang ini sekarang, sementara kita masih hidup. Sebab kita tidak tahu bila kita akan menghebuskan nafas terakhir kita.
"tidaklah Allah memberikan ilmu kepada seseorang melainkan masa mudanya. Seluruh kebaikan dimiliki oleh para pemuda"-Abdullah bin Abbas ,Sahabat Nabi S.A.W

Jom kita muhasabah diri, mari kita set minda kita, tukar cara pemikiran kita. Kita sumbangkan apa yang kita boleh. orang yang berjaya, adalah orang yang sentiasa memberi ^^

Jadi lah manusia yang bermanfaat bukan sahaja disukai oleh orang ramai tetapi disukai oleh Allah.
Jom sama sama, ikhlaskan diri dalam buang tabiat buruk kita, jadikan tahun baru ini tahun yang diredhai dan dirahmati Allah :D selamat beramal!
Video untuk renungan :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...