Wednesday, December 25, 2013

Apa sebab kita disini?

Assalamualaikum and peace be upon all of you. ceh ceh. sebenarnya sama je maksud dua-dua perkataaan tu.
Indah kan islam. Kita nak jumpa orang pun kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan pada orang lain.

Alhamdulillah, banyakkan syukur ke hadrat ilahi kerana memilih kita sebagai orang muslim.

Nikmat yang terbesar diberi pada kita, harus lah kita pelihara iaitu iman dan islam.

Bak kata Ustaz Azhar Idrus" Islam boleh disimpulkan dengan kalimah syahadah, boleh juga terputus simpulan tersebut akan sebab tidak menjaga,maka molek-molek la jaga islam kita"

Pertama sekali, saya minta maaf sebab tak dapat nak update blog ni. Maklumlah kita sibuk dengan urusan duniawi, kolej, final projek, final exam dll.

Pada kali ni, haris nak ambil tajuk yang agak sinonim dengan kehidupan harian kita.

Ye. Kehidupan kita. Berkenaan dengan perjalanan kehidupan kita.

Sebenarnya kan kita hidup ni ada "purpose of life"

mesti banyak yang bertanya. Huh? Purpose of life tu amende?

Hehe saje nak spiking. Kita hidup ini mesti ada matlamat hidup.

So,apa matlamat hidup kita yer?

Cuba jawab soalan ini dengan jujur.

Kalau jawapan korg macam berikut, ;

1)Mestilah untuk mendapat kerja yg power  dan gaji yang tinggi. Kaching kaching, bling bling*sound effect duit*

2) Dapat isteri yang cun melecun-Bagi lelaki
   Dapat suami yang handsome, machoman etc-Bagi perempuan

3) Of course la untuk mendapat kereta bmw 7 series yang berwarna rainbow n rumah sebesar istana. *Okay.Macam striking pulak kan kalau kaler rainbow*

4)huh. Ada ke purpose of life?


Tahniah! Kalau jawapan korang kena dengan jawapan semua di atas maka, anda SALAH!

Jangan risau.. boleh try again*scroll ke bawah cri jawapan*


Okay. Jom kita cari jawapan yang betul dari perspektif islam.

kita sebagai manusia diciptakan oleh Allah. Pasti ada tujuan.
Tidak ada perkara yang Allah ciptakan yang sia-sia.

Begitu juga dengan manusia, Allah tidak hidupkan manusia untuk main-main, suka-suka atau tanpa tujuan.

Ini dia jawapan Tuhan tentang misi hidup manusia:-








Hidup kita untuk menjadi hamba Allah (beribadah).

Aik? Jadi aku kena duduk masjid solat, zikir dan duduk dalam masjid 24 jam, 365 hari lah?
Me: Adoi*facepalm*
Relax2. Jangan salah faham.Ibadah hendaklah kita ambil dari sudut pendekatan secara menyeluruh dan holisitk.

Senang cerita. Ibadah ni ada 3 bahagian.

1)Ibadah Asas
-Perkara yang berkaitan rukun Iman dan rukun Islam.
-Asas kepada semua jenis ibadah.
-juga dikenal sebagai fardhu ain
-diwajibkan kepada setiap mukalaf
Jadi apakah tujuan ibadah asas?
senang je. Ia untuk membentuk seseorang menjadi muslim yang sejati.
2) Ibadah Sunat
-amalan-amalan sunat contohnya seperti zikir,puasa sunat, solat-solat sunat, membaca alquran dll.
-Ibadah ini macam extra.
Apa tujuan ibadah sunat?a)Menampung kekurangan yang terdapat pada ibadah asas. Contohnya kekurangan dalam solat lima waktu(Tak khusyuk,lain2)
b)Mendapat keredhaan dan kasih sayang Allah.
Jangan pandang enteng amalan-amalan sunat. Allah sayang dan cinta pada mereka yang melakukan amalan-amalan sunat. Sebab tu buat untung. Tak buat rugi!
3)Ibadah Umum.

Ibadah umum ialah segala perbuatan ,tindakan, kelakuan dan aktiviti-aktiviti selain daripada ibadah asas dan ibadah sunat.

Yang ni lah yang merangkumi banyak perkara dalam aspek kehidupan kita, tidak mengira tempat, waktu , siapa.Anytime anywhere, anyhow.
Aktiviti yang contoh nya mengayuh basikal, main futsal*tutup aurat*,angkat dumbell, memasak, membaca buku dikira sebagai ibadah umum jika diniatkan kerana Allah, dan bertepatan dengan syariat dan tidak melanggar hukum-hukum tersebut.


MasyaAllah.  Ada jugak pahala kan?

Sayangnya Allah akan kita, Dia beri pahala atas kerja-kerja yang kita lakukan. huuu terharu :'))
Ibaratnya ketiga-tiga ibadah ini seperti pokok.

ibadah asas umpama akar , ibadah sunat seperti batangnya, ibadah umum ini macam buah-buahan/dahan-dahan.

dengan asas yang kuat, pokok tersebut akan tumbuh dengan kukuh, batang yang diberi kecukupan mineral ia akan berdiri dengan teguh dan tegak, hasilnya akan membuahkan buah-buahan yang manis ataupun dahan-dahan yang cantik.

aplikasikan dalam kehidupan kita. Baru lah kita akan jadi muslim yang power !  

Jadi apa lagi. Jom kita jadi Hamba Allah! 
sumber rujukan:
http://www.islamgrid.gov.my/articles/ibadah/pengertian-ibadah.php
Mukmin Professional-Pahrol Mohammad Juoi

Tuesday, January 15, 2013

50 soalan yang ditanyakan oleh seorang Ketua paderi kepada Abu Yazid Al Bustami

Haa. Mesti ada yang tanya apa yang 50 soalan nya eh? Sebelum itu, apa kata kita kenal dulu, Abu Yazid Al Bustami .  

Bak kata orang ,tak kenal, maka tak cinta :D
Abu Yazid Al Bustami,ialah merupakan seorang ahli Sufi ,yang pernah belajar dari  Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah.

  •  Beliau dilahirkan di Bustham, wilayah Parsi. 
  • Sejak dalam kandungan ibunya lagi beliau sudah menunjukkan kelebihan yang luar biasa ,Apabila ibunya termakan makanan yang diragui halalnya, anak dalam kandungannya akan memberontak sehingga makanan itu dimuntahkan semula
  • Kerana itu,sejak dilahirkan, ayah dan ibunya memastikan setiap makanan yang disuapkan ke mulut Abu Yazid al-Bustami dipastikan daripada punca yang halal.
  • Apabila berumur 7 tahun, Abu Yazid al-Busthami dihantar ke sekolah untuk mempelajari al-Qur’an.

bermula lah alkisah,Abu Yazid Al Bustami,yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. 
Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinyaIa masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."
Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

Saturday, January 5, 2013

Stress? Masalah Hidup?

Pernah tak korg merasa sedih dan pilu , disebabkan kehidupan ni? 

Korg pernah tak rasa sedih sebab banyak sangat hidup yang kita timbul dalam hidup .Dan pernah tak korg berasa sangat lemah , tiada tempat nak mengadu?

Jom kita tengok masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat dunia yg "moden" ini.Pada kali ini ,saya akan menghuraikan tentang tajuk Stress.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...