Monday, April 20, 2015

BERJUMPA PULA nukilan Buya Hamka
















Oh kau kiranya ; bertemu pula
Setelah 15 tahun kita berpisah
Janganlah gugup
sudahkah sembuh luka hatimu ?
di aku sudah !
Tapi payah aku melipur jejaknya
Parutnya masih terkesan di dadaku

15 tahun, bertemu pula
Setelah kita lalui jalan hidup masing-masing
maafkan daku, bersiapakah aku mestinya ?
adinda, kekasih, juwita ?
yang pernah kuucapkan di mukamu dulu
atau dalam surat-surat yang pernah ku ucapkan di mukamu dulu
tidak akan kuucapkan lagi
aku takut
ubat lekat pantang terlampau
kembali penyakit lama
-Ah, tidak ; aku mulai tua

15 tahun
sudah berapakah anakmu
adakah suamimu sehat saja
beruntung dalam rumah tangga
- tak usah gugup !

15 tahun
melihat kau yang sekarang, kuteringat kau yang dulu
kau yang ada dalam kenanganku
kau yang tergambar dalam hatiku
aku teringat
mudaku dan mudamu
semasa kita masih menyangka, alam boleh sekehendak kita

padahal : takdir tak mengizinkan kita bertemu
hidup kita tak dapat di padu menjadi satu
kau mengambil jalanmu sendiri - terpaksa atau tidak
dan akupun mengambil jalanku pula

15 tahun
aku telah berjalan, dan berjalan jua
tapi dalam sudut hatiku, kau telah menjadi pelita yang hidup
kaulah pelitaku
tanglongku
dalam kegelapan malam yang senyap sunyi
sehingga aku menjadi aku
walaupun kau tak merasa, barangkali

15 tahun
tertawa aku, tertangis aku
tersenyum tersedu
mendaki ku menurun
melereng ku mendatar
pernah ku naik, pernah ku jatuh
jatuh dan bangkit lagi
lalu berjalan jua
sahaja mati yang belum kurasai
sehingga aku menjadi aku
dan perjumpaan kita, 15 tahun yang lalu
adalah pendorong perjuangan hidupku, hari ini

setelah 15 tahun
kitapun berjumpa pula
aku dengan engkau
kau yang sekarang
maka teringatlah aku. kau yang dulu
kalau bukan lantaran kau yang dulu
tentulah air mataku tidakkan titik ke bumi
garam hidupku yang ku lalui
air mata itulah yang ku susun kembali
sesudah ia jatuh berderai bagai manik putus pengarang
kujadikan gubahan buat kau. kau yang dulu
sehingga aku menjadi aku

15 tahun
alangkah cepatnya putaran jaman
wahai orang yang sekian lama terlukis di sudut hatiku
jangan engkau salah terima, wahai kau yang sekarang

sekiranya aku melihat tenang
merenung wajahmu
izinkanlah sejenak, aku mencari, mencari
aku ini kehilangan
dia. dia akan ku cari dalam ruang matamu
kau yang dulu

berjalan terus, dan teruslah
pikullah kewajiban yang telah di tentukan Tuhan
buat kau, dan akupun
meneruskan jalanku pula
berjalan dan berjalan jua
mendatar, melereng, mendaki dan menurun
kau lihat. rambut putih telah mulai ada di keningku
alamat sengitnya perjuangan yang telah kutempuh
dulu dan kuhadapi lagi
marilah bersama-sama, meneruskan perjalanan
melaksanakan hayat
jauh, dan jauh lagi
hanya sebuah harapanku tinggal

semoga usia sama panjang
dapat berjumpa pula 15 tahun yang akan datang
mau atau tidak mau
kau dan aku


Sumber: kenang-kenangan hidup oleh Hamka




Sunday, April 19, 2015

Idea Ini Boleh Bantu Pelajar Atasi Masalah Poket Kering

Mid section of a young man
Kehidupan sebagai pelajar universiti sememangnya berbeza jika dibandingkan ketika berada di sekolah dahulu.  Di zaman sekolah tidak memerlukan duit yang banyak, berbeza apabila seseorang itu sudah diterima masuk ke universiti. Sebagai seorang pelajar universiti yang sedang melalui fasa peralihan persekitaran, tentunya keinginan untuk membeli tidak dapat dielakkan.  Melalui satu kaji selidik yang telah dijalankan oleh seorang penyelidik ke atas 165 orang pelajar di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), mendapati pelajar lelaki lebih gemar untuk memperuntukkan wang lebih untuk perbelanjaan makanan, pakaian, hiburan, alat-alat tulis, rekreasi, pengangkutan dan perubatan. Manakala pelajar perempuan pula lebih gemar membelanjakan wang mereka untuk tujuan alat-alat kosmetik, bil telefon, hadiah dan lain-lain seperti barang kemas dan membeli majalah hiburan.  Namun kekangan hidup sebagai pelajar, menyebabkan ada dalam kalangan pelajar yang terpaksa menolak kesemua keinginan ini ke tepi dahulu.  Wang saku yang diberi oleh ibu bapa sering tidak mencukupi dan wang pinjaman PTPN atau biasiswa pula awal-awal lagi sudah lari daripada bajet.  Jika diolak-tolak dengan yuran pengajian, duit buku, bayaran sewa rumah bagi yang duduk di luar kampus dan sebagainya, mungkin baki wang yang tinggal hanya cukup-cukup untuk duit makan.
Namun bagi sesetengah pelajar pula, ada yang dalam kalangan mereka ini yang sanggup untuk bersusah payah dengan melakukan kerja secara sambilan.  Mereka bekerja untuk memperoleh wang tambahan semata-mata atas keinginan untuk membeli barangan yang dihajati. Ada yang sanggup bekerja di cawangan restoran makanan segera, menjadi juruwang di kedai-kedai serbaneka, bekerja di pasar raya dan sebagainya.  Namun tidak kurang juga yang melibatkan diri dalam dunia perniagaan secara kecil-kecilan.  Mereka ini kebanyakannya menceburi bidang perniagaan atas sebab seperti:-
  • Untuk menampung kos perbelanjaan seharian ketika berada di universiti
  • Tidak mahu mensia-siakan masa yang terluang, terutamanya ketika cuti semester
  • Dapat belajar pelbagai perkara baru dan dapat menimba pengalaman dalam bidang perniagaan
  • Dengan menceburi bidang perniagaan, maka tentulah lebih ramai kenalan yang kita dapat

Melalui artikel ini, kita singkap beberapa jenis perniagaan yang kebiasaannya diceburi oleh para pelajar universiti tempatan, antaranya:-
Menawarkan Servis Jualan Secara Konvensional atau Jualan Dalam Talian
Ramai pelajar yang memenuhi masa senggang mereka dengan berkecimpung dalam bidang perniagaan tidak kira sama ada perniagaan yang berbentuk konvensional atau secara dalam talian.  Ada pelajar yang memulakan kemahiran berniaga mereka dengan menjual tambah nilai prabayar talian telefon bimbit.  Menambah nilai untuk telefon bimbit merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh setiap pelajar untuk berhubung dengan ibu bapa, rakan dan juga buah hati.   Menjual tambah nilai di universiti ini memang untung, pelajar suka bergayut di telefon dan suka menghantar sms.  Tambahan pula kalau duduk di kolej kediaman, tentunya pelajar ini malas hendak keluar ke kedai semata-mata untuk membeli kad tambah nilai.  Dengan modal permulaan untuk menjadi ejen yang rendah dan hanya perlu melakukan sedikit promosi kepada rakan-rakan, pelajar tadi sudah mampu memulakan perniagaan tambah nilai mereka.  Namun keuntungan yang diperoleh daripada menjual tambah nilai ini tidak banyak, rata-rata ejen hanya akan mendapat 3% – 4% sahaja daripada kos jualan. Contohnya, jika pelanggan menambah nilai prabayar sebanyak RM10, ejen hanya akan mendapat RM0.30 – RM0.40 sahaja.  Namun, sekiranya pelajar itu rajin dan mempunyai pelanggan yang ramai, maka semakin banyak jualan yang dibuat, semakin untunglah dia.  Sekurang-kurangnya dapatlah menampung semula kos tambah nilai untuk telefon bimbit sendiri.
Kaedah membeli dan menjual dalam talian pula, mula menarik perhatian masyarakat kita sejak lebih dua dekad yang lalu.  Bagi mereka yang berkira wang, kos pergi ke bandar, mengisi petrol kereta, letak kereta dan makan-makan sepanjang membeli-belah dirasakan lebih tinggi berbanding dengan hanya menekan tetikus dan menurunkan maklumat kad kredit dalam talian di rumah.  Bagi mereka, urusan membeli secara dalam talian ini sebenarnya lebih mudah dan harga barangan yang ditawarkan juga ada kalanya lebih murah berbanding yang dijual di kedai atau pasar raya sedangkan jenis pakaian adalah sama.  Bagi pelajar yang bijak berniaga, tentunya mereka tidak akan ketinggalan untuk menceburi bidang perniagaan dalam talian ini.  Ramai yang terlibat menjual busana Muslimah seperti jubah, baju kurung, t-shirt, tudung dan sebagainya.  Ada juga yang terlibat dalam bidang kulinari, akan memasarkan produk makanan mereka secara dalam talian. Mereka ini ada kalanya hanya perlu ada akaun Facebook sebagai senjata utama dalam perniagaan mereka ditambah dengan sikap dan pengetahuan dalam bidang perniagaan.
Terdapat juga dalam kalangan pelajar yang menceburi bidang Multi-Level Marketing (MLM) ketika masih dalam pengajian.  Salah satu faktor penglibatan pelajar adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya dan dorongan ejen MLM yang berjaya menarik minat pelajar berkenaan.  Sesiapa yang pernah mengikuti taklimat berkaitan MLM, tentunya setuju bahawa yang mendengar taklimat ini kalau tidak kuat imannya tentu akan mudah terpengaruh dengan keistimewaan yang ditunjukkan.  Terdapat juga pelajar yang menjadi ahli kerana mereka adalah pengguna produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat MLM tersebut. Dengan menjadi ahli dalam syarikat MLM, maka produk akan dapat dibeli dengan harga keahlian.  Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar ini terlibat menjadi ejen jualan langsung, banyak masa yang perlu diperuntukkan dan dihabiskan untuk memberi penerangan serta membuat demonstrasi tentang produk yang dijual.   Maka adalah sesuatu yang kurang bijak untuk seorang pelajar menceburi perniagaan MLM, melainkan sekiranya pelajar tersebut seorang yang pandai menguruskan masanya sendiri.
Melalui Penulisan
Penulisan adalah merupakan salah satu cara yang amat berkesan untuk menjana pendapatan terutamanya bagi pelajar yang memerlukan wang saku.  Ada dalam kalangan pelajar yang menyediakan perkhidmatan penulisan di waktu lapang mereka atau ketika mereka berada dalam cuti semester.  Antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan adalah seperti menaip tugasan atau tesis untuk pelajar lain, menulis artikel untuk laman web, memberi servis penulisan kreatif atau membuat terjemahan artikel atau buku.  Ada juga yang menghantar karya-karya penulisan mereka ke majalah atau akhbar untuk slot-slot rencana ataupun cerpen.
Menulis tidak hanya terhad kepada contoh-contoh di atas sahaja yang lebih bercorak kreatif.  Selain itu, terdapat ramai pelajar yang mempunyai minat dan berkecenderungan untuk menulis secara aktif dalam blog mereka sendiri.   Blog merupakan satu medium untuk menyalurkan pendapat, berkongsi pengetahuan, memberikan informasi kepada orang ramai.  Terdapat pelbagai jenis blog yang mendapat sambutan yang dibuat berdasarkan niche tertentu seperti hiburan, muzik dan yang peribadi.  Di samping menulis blog sebagai hobi, blog juga dilihat sebagai salah satu cara yang dapat memberi pelajar tadi pendapatan pasif.  Melalui sumber pengiklanan dalam sesebuah blog, wang yang diperoleh sudah tentunya akan masuk ke kocek pemilik blog sendiri.  Pelajar yang memiliki blog juga boleh mendaftar untuk iklan daripada Google – AdSense ataupun Nuffnang yang kebiasaannya akan dipaparkan pada banner blog itu sendiri.  Contohnya untuk iklan Nuffnang, terdapat dua cara untuk menjana pendapatan, iaitu secara buffered earning atau metered earning.  Buffered earning adalah pendapatan yang diperoleh melalui jumlah trafik blog setiap hari.  Melalui metered earning pula, setiap klik yang unik akan diberi sagu hati.  Pendapatan ini akan diberikan secara bulanan dalam bentuk cek kepada penulis blog tersebut.  Di samping itu, pemilik blog juga boleh membuat ulasan tentang produk sama ada perkhidmatan, produk fizikal atau digital dan secara tidak langsung dapat mempromosikan blog mereka sendiri.  Mungkin setelah terkenal, akan ada pihak yang membayar untuk mengulas produk keluaran syarikat mereka sendiri pula!
Menawarkan Servis Perkhidmatan
Bagi pelajar yang mempunyai kemahiran, ramai juga yang menawarkan khidmat yang berkaitan dengan kemahiran mereka.  Antara contoh perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti khidmat membaiki komputer, membuat laman web, khidmat fotografi dan video untuk majlis formal dan yang tidak formal.  Servis perkhidmatan sebenarnya amat menguntungkan, kerana tiada modal permulaan yang diperlukan oleh pelajar, hanya memerlukan kemahiran mereka dalam sesuatu bidang itu sahaja.  Untuk pelajar yang mempunyai kebijaksanaan dalam sesuatu subjek pula, ada yang akan diupah rakan pelajar lain untuk memberikan mereka perkhidmatan tuisyen secara persendirian.
Selain itu, bagi mereka yang mempunyai pencetak mereka sendiri pula, ada juga yang menawarkan khidmat mencetak untuk tugasan atau tesis pelajar sendiri.  Kebiasaannya harga yang ditetapkan, tidak lah tinggi.  Mungkin sama harganya berbanding dengan yang dikenakan oleh kafe siber atau kedai-kedai yang terdapat di universiti.
Kesimpulan
Tidak dinafikan pengalaman belajar di universiti memang berharga.  Banyak perkara yang boleh dipelajari dan pelajar juga diberi kebebasan untuk menentukan banyak hal dalam kehidupan mereka.  Selain itu pelajar perlu berdikari menguruskan hidup sama ada dari aspek belajar, kewangan dan sebagainya.  Jika dilihat daripada aspek kewangan, bukan mudah untuk pelajar ini tadi memenuhi tuntutan keperluan dan kemahuan.  Ada pelajar yang sanggup bekerja untuk menjana pendapatan sampingan. Ada juga pelajar yang melibatkan diri mereka dalam bidang keusahawanan demi untuk mencari duit lebih.  Dalam Islam sendiri, aktiviti ekonomi yang berbentuk perniagaan amatlah digalakkan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar ini cenderung untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan, antaranya adalah seperti minat terhadap mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan, persepsi positif dan minat pelajar terhadap bidang keusahawanan serta dorongan dan galakan daripada ibu bapa sendiri.
Terdapat beberapa contoh perniagaan yang dijalankan oleh pelajar, antaranya menawarkan servis penjualan secara konvensional atau penjualan dalam talian, menawarkan khidmat penulisan dan menawarkan servis perkhidmatan. Bagi mereka, yang penting rezeki yang diperoleh dapat menampung kos perbelanjaan mereka ketika di universiti.  Namun begitu pembahagian masa dan disiplin adalah perkara yang sangat penting bagi seorang mahasiswa dan mahasiswi.   Bagi mereka yang terlibat secara serius dalam bidang keusahawanan pada peringkat pengajian ini, mereka sebenarnya terdedah kepada risiko penangguhan dan kegagalan menamatkan pengajian.  Mahasiswa dan mahasiswi yang cuba menjana pendapatan dengan melakukan kerja sampingan dan menjalankan perniagaan ketika masih di universiti ini perlulah sentiasa diingatkan agar pandai menjaga masa dan seterusnya boleh menjaga segala aktiviti mereka dengan lebih terurus.

CopyPaste#
Pautan : http://www.usahawan.com/idea-bisnes/cara-pelajar-menambah-pendapatan-di-universiti.html

Islamis

Ah. Aneh bukan?
Engkau mengaku diri engkau seorang aktivis,
Namun, engkau tidak mampu menjaga hubungan dengan manusia.

Ah. Aneh bukan?
Bergaduh.
Berdendam.
Berdengki.
Menggengam tangan, ingin menjadi yang terbaik,
padahal yang terbaik dan termulia, Tuhan sahaja yang lebih tahu.

Ah. Aneh Bukan?
Engkau mendabik dada,
Ingin melihat nikmat diberi Tuhan kepada orang di tarik.
Padahal yang beri nikmat bukankah itu kerja Tuhan.

Ah. Aneh Bukan?
Bukankah si penyeru itu,
berhati mulia, berperikemanusiaan diluar?
Bukankah si penyeru itu,
bergaul dengan semua, bercakap hanya kebenaran tanpa dusta?
Bukankah si penyeru itu,
sepatutnya disayangi, bukan dibenci?

Acapkali, keikhlasan menjadi satu tanda tanya dikalangan dai'e .
Tepuk dada, tanya iman.


Ibn Skywalker 19 Mac 2015

WHO THE HELL READS YOUR BLOG ANYWAY?

Family at Computer
Editor’s note: We don’t typically write essays about “blogging,” but we’ve received a lot of questions about blogging from many new bloggers recently, so this is for them. If you don’t care about this kind of stuff, then you might want to skip this essay.

WHO VISITS YOUR SITE?

That question is far more important than you realize.
Let’s start out by stating that this essay is not about getting more traffic to your site, which sounds a bit odd and somewhat counterintuitive for an essay about traffic, doesn’t it?

THE MOST IMPORTANT THING ABOUT YOUR TRAFFIC HAS NOTHING TO DO WITH STATS

We could use this time to brag about how we attracted over 500 subscribers to our site in our first full month. Or we could use this time to boast about the attracting 100,000 monthly readers in our first nine months. Or we could talk about how this site has grown way faster than we ever anticipated. Or we could use this time to show off all the really cool A-List bloggers who follow us on Twitter, bloggers like Leo BabautaJulien SmithCorbett BarrJoshua BeckerColin WrightChris Guillebeau, and many, many others.
But we’re not going to waste your time. Because none of that stuff matters if you don’t have Great Quality Readers visiting your site.
Let’s consider another question: would you rather have 1,000 Facebook friends or 10 real-life friends? That’s any easy one to answer for us. The truth of the matter is that we’d rather have only one close friend (i.e., each other) than any amount of Facebook friends or Twitter followers.
Why? It has to do with quality. The quality of our relationship trumps any online status we might achieve. That doesn’t mean we can’t build positive, impactful relationships online—we’ve built some pretty amazing ones online so far—it just means that the quality of our (i.e, Joshua & Ryan’s) personal relationship far exceeds any stat we could accomplish on the web, it’s worth more than a million unique visitors per day.
Similarly, the people who visit our site can’t be measured solely on stats. Sure we use Google Analytics to check our stats from time to time, but we mustn’t live and die by those stats. Rather, we must read in-between the stats, as it were. We must see that even though we have XXX,XXX subscribers, some of them are higher quality readers than others. In fact, this is why we don’t post our stats on our site.

WHAT MAKES A GREAT QUALITY READER?

We believe that all Great Quality Readers share five common characteristics.
  1. Engaged. Great Quality Readers are engaged, although the nice thing is that they engage in different ways. Some of them leave comments on your site, others retweet your articles to their friends on Twitter or Like your posts on Facebook, while others tell their friends about your content via email or in person or they print your posts and share them with co-workers around the office. They even purchase your products and the products you suggest. They do so because they are…
  2. Enthusiastic. Great Quality Readers are enthusiastic, so much so that they often treat your work like it’s their own, like it’s an extension of themselves. They are proud of your site and are proud to show other people that they are an “insider” there.
  3. Intelligent. Great Quality Readers are very smart. Some of them are smart in the intellectual sense, others are extremely competent in their craft or niche (e.g., web design, business acumen, sales expertise, writing, etc.). Most importantly, they are intelligent enough to know that they can get value from your content. Thus you must create valuable content, you must create interesting content.
  4. Interested. Great Quality Readers are genuinely interested in you as an individual, almost as much as they are interested in your content. They return to your site because they feel a connection with you.
  5. Returning. Great Quality Readers return to your site often. They may do so via an RSS feed or email subscriptions or Twitter or Facebook or your URL or any other way they chose. The important part is that they return and they read your content and they are engaged and enthusiastic andintelligent and interested.

HOW CAN YOU ATTRACT GREAT QUALITY READERS?

To attract Great Quality Readers you must keep in mind the five above mentioned qualities.
  1. To engage people you must encourage them to participate, encourage them to leave comments, retweet your posts, follow you on Twitter, Like you on Facebook, and subscribe to your site via RSS or email. But you must also reciprocate: respond to their comments, thank them for their subscriptions and tweets and Likes whenever you can (N.B. you don’t have to do this every time, but be cognizant of when you should).
  2. To make people enthusiastic about your content, you must first create content that you are enthusiastic about, you must create content that you are proud of. But that’s only half the battle. Your content must also connect with your readers on a deeper level, it must touch their nerve endings. Your readers must be able to identify with it personally, otherwise they will not be excited about it, and they will not feel like an insider. Perhaps Corbett Barr said it best: Write Epic Shit.
  3. Your readers are more intelligent than you think, and it’s OK to challenge them a bit. Sure there are certain gratuitousness thresholds that one must be aware of, but it’s OK to assume that your readers will understand certain complex concepts. Great Quality Readers are willing to do a little extra work to get great content. This is why, on our site, we tend to focus on discourse via essays rather than traditional blog posts.
  4. You want your readers to be interested in you as an individual as well as your content. To make them interested in you, you must find ways to connect with them on a more personal level. It’s impossible to interact with all your readers on a one-on-one basis, but you can do certain things to your site to build an instant connection with potential readers. First, put your picture on your site, people connect with other people a lot more than they do with words and images alone. Also, tell people about yourself: be honest and open and genuine, and tell people who you are and what you stand for; do so succinctly though, people don’t have time to read a memoir on your about me page.
  5. Give people a reason to return. Make your content desirable. Make people yearn for more, make them attempt to anticipate what’s coming next. Once you find your voice, your readers will want more. Anticipation is a nearly unquenchable thirst. (N.B. this doesn’t, however, mean that you must post X number of posts per week to get traffic; you should only post when you have something to say and when your content is great enough to add value to your readers.)
We do all these things to attract—and also retain—Great Quality Readers. It’s worth noting that none of these points are absolutes, they are not principles or maxims by which you must live to attract Great Quality Readers. These are simply the things that work for us and we’ve seen them work for other sites as well.

EXAMPLES OF GREAT QUALITY READERS

So how do we know we have Great Quality Readers? That’s a complex question, but let’s look at it like this. How do you know if you are in great physical shape or not? Is it just by the stats? If you weigh 190 pounds, are you in great shape? Well, we all know people who weigh 190 pounds and are utterly unfit and out of shape, and yet there are other people who weight 190 and are total studs.
The point? The stats are only part of the story. You will know if your traffic is quality traffic if much of your traffic fits into all five of the above mentioned categories.
Here are some examples of some of our Great Quality Readers:
From a comment on our site: I LOVE this site. I am at the beginning of my journey and need encouragement right now. This is the place to find it. You have no idea how many people you are helping.
From a Tweet: Joshua Fields Millburn is one of the best writers out there at the moment.
From an A-List blogger’s site (Colin Wright of Exile Lifestyle):I’ve been a big fan of the intellectualized approach these guys have been bringing to Minimalism.
From an email: I am an undergraduate senior at a small college where I study Fine Art. I’d like to commend you on your blog and the broader look at how consumerism impacts the western world. I’m doing my thesis on consumerism before and after the economic crash of 2009. During my research, would you be willing to correspond with me about your own interest in a pared-down lifestyle?
It’s interactions like these—all of which are incredibly flattering—that tell us that we have Great Quality Readers, and we get literally hundreds of similar comments via different mediums from similar great readers.
But, we should note…

GREAT QUALITY READERS WON’T ALWAYS AGREE WITH YOU

It’s not always all ponies and rainbows, and we’re not just talking about trolls either (in fact, we tend to call trolls seagulls because they fly by, shit on your site, and fly away).
We often have great readers who disagree with us. At the end of the day, it’s important to remember that you can’t please everyone, nor should you try to. Be content with the Great Quality Readers you do have and work hard to attract more readers just like them. That’s when quantity enters the equation, when you are working on increasing the quantity of Great Quality Readers who visit your site. But remember: quality always comes before quantity.

CopyPaste#
Source : http://www.theminimalists.com/blogging/

Kerana Aku Seperti Air nukilan Hasrizal Abdul Jamil

Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari jalan mudah untuk merupa diriku
Membentuk diri pada bejana yang telah sedia ada
Lalu lama seperti yang biasa

Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus sebagai air
Mengalir tidak pernah berhenti
Melimpah, menyerap, menghakis, menembus
Memenuh pada setiap ruang yang kosong
Tanah tandus & benih kering
Kucurahkan subur agar muncul tunas
Merimbun duduk berteduh di dataran kosong.

Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari alur pendek untuk meringkaskan perjalananku
Mencari kolam kecil dan lopak yang telah sedia berlubang
Lalu bertakung tiada hasil menunggu kering masa.

Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus gagah mengalir
Dari pancaran anak batu di hulu belantara
Meliku, melekok, membelah dada baruh dan darat, selatan dan utara.

Lantas!
Si dahaga menghirup jernih teguk yang sejuk
Si lapar mengail isi subur khazanah dada yang kaya
Tebing menyambut perahu
Menemukan rindu dengan yang ditunggu

Kerana aku air
Aku boleh memilih untuk tiada tersirat di sebalik yang tersurat
Mengalir dangkal sejengkal dari pangkal
Lalu mudah ditafsir segera, sejurus sebelum kontang terserap ke udara.

Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk menjadi lautan seribu tanda tanya
Bagi pelayar di permukaan luas pandangan mata
Ketemulah ia ribut taufan yang menggila
Namun yang bestari ingin mencari makna
Akan menyelami sepi gelita dan bebal sekaki dua
Hingga sampai ke dasar selepas jerih payah dan sabar jiwa

Riwayat aku seperti air
Di hari subur berbakti pada manusia dada tanah watan
Di hari gersang mikraj ke langit atas perintah Tuhan
Basah kering air, hanya kitaran pusingan nadi
Bumi dan langit,
AIR TERUS MAUJUD KEKAL MENABUR BAKTI.

وَاللَّهُ خَلَقَ كُلَّ دَابَّةٍ مِّن مَّاءٍ فَمِنْهُم مَّن يَمْشِي عَلَىٰ بَطْنِهِ وَمِنْهُم مَّن يَمْشِي عَلَىٰ رِجْلَيْنِ وَمِنْهُم مَّن يَمْشِي عَلَىٰ أَرْبَعٍ يَخْلُقُ اللَّهُ مَا يَشَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu daripada air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al-Nūr 24: 45]



Saturday, April 18, 2015

Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri terhadap percukaian Goods & Services Tax


ISU GST: SATU PENILAIAN

PADA . DITERBITKAN DI DALAM BAYAN LINNAS

Mukadimah
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda, para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in dan mereka yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari pembalasan.
Cukai Goods and Services Tax (GST) atau juga dikenali juga sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) menjadi satu polemik yang besar kepada masyarakat Malaysia amnya. Cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan SST ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat yang dizahirkan terutamanya di media sosial berhubung hal ini.
Saya mendapat banyak persoalan terutamanya daripada kotak mesej di Facebook tentang perkara ini. Hakikatnya, ia isu yang memerlukan kajian yang sangat mendalam bagi mendapatkan natijah yang adil, bernas dan mendahulukan maslahah daripada mafsadah. Setelah meneliti pelbagai komentar, pendapat dan juga hujahan dari golongan ulama, umara’, cendekiawan dan juga masyarakat awam, maka amatlah wajar dikemukakan di sini dalam Bayan Linnas Siri Ke-16 untuk memperhalusi isu yang sudah berlarutan hampir setahun. Saya terpanggil untuk memberikan pandangan tentang perkara ini dengan berlandaskan nas-nas daripada al-Qur’an, al-Hadith, fatwa para ulama’ silam dan juga kontemporari.
Sebenarnya isu seperti ini amat berat bagi saya untuk mendahului mereka yang lebih mengetahui dan mendalam ilmu ekonomi Islam daripada saya. Tetapi, selepas memahami beberapa penerangan yang diberikan dengan fakta dan hujahan, maka saya kemukakan pada hari ini 17 April 2015 kepada khalayak. Semoga pencerahan ini memberi kefahaman kepada kita semua.
Definisi GST
GST atau dalam Bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.
GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.
GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.
Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.
Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”.[1]
Perbezaan GST dan SST
Secara ringkasnya, pelaksanaan GST merangkumi pelbagai jenis barang dan perkhidmatan dimana pengenaan semua cukai adalah disemua peringkat pengeluaran dan pengedaran disamping boleh menuntut semula semua cukai yang dikenakan daripada kerajaan.
SST (Sales Tax and Service Tax) iaitu cukai yang sediaada hanya dikenakan pada satu peringkat pengeluaran iaitu semasa barang-barang itu dikeluarkan daripada kilang atau diimport. Manakala, cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan tertentu pada peringkat ianya disediakan kepada pihak pengguna.
Hukum Pelaksanaan GST
Keperluan umum ummah adalah di bawah tanggungjawab pemimpin. Kerajaan memerlukan sumber pendapatan  bagi meningkatkan kemajuan, keamanan, keselamatan, pembangunan dan lain-lain. Selain daripada zakat, sumber pendapatan lain adalah cukai.
Sistem percukaian dalam dunia Islam bermula sejak zaman Rasulullah SAW di dalam Piagam Madinah yang telah menetapkan bayaran jizyah untuk bukan Islam dan zakat untuk orang Islam. Zaman Saidina Umar menyaksikan perkembangan sistem percukaian lain seperti al-kharaj (cukai ke atas tanah), al-‘usyur (perdagangan) dan selainnya. Ia terus berkembang dan melalui beberapa penambahbaikan pada zaman-zaman pemerintahan Islam seterusnya.
Permasalahan cukai adalah termasuk dalam ruang lingkup siyasah syar’iyyah iaitu pentadbiran hal ehwal negara umat Islam yang perlu diteliti aspek mencapai kemaslahatan dan menolak kemudharatan selagi tidak melanggar batas-batas syarak.
Secara ringkasnya, terdapat dua pandangan ulama dalam hal ini iaitu haram dan harus. Seperti yang dibahaskan oleh sahabat saya Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman, Pengarah Center of Research for Fiqh Science and Technology (CFiRST) UTM Skudai Johor merangkap Felo Fatwa JAKIM dan rakan-rakannya dari UTM, maka saya ringkaskan sebahagian daripada persoalan hukum di sini.
Pendapat Pertama: Haram
  • Pandangan Ulama
Dinyatakan di sini dua pendapat ulama’ yang mengharamkan cukai.
Pertama: Ulama Terdahulu, antaranya
  1. Ibn Muflih berkata: “Diharamkan mengambil cukai daripada rakyat seperti yang dikutip oleh Raja kepada rakyatnya.” (Ibn Muflih, 2003: 10/347; al-Buhuti, t.th.: 3/139)
  2. Al-Hijawi berkata: “Diharamkan mengambil cukai daripada harta orang Isam seperti yang dikutip oleh Raja kepada rakyatnya bukan secara yang dibenarkan oleh syarak.” (al-Hijawi, t.th.: 2/52). Sila rujuk juga pandangan Mustafa bin Saad al-Rahibani (1994: 2/619).
  3. Menurut Ibn al-Azraq, antara contoh urus tadbir yang salah adalah mengutip cukai secara zalim (t.th.: 300)
  4. Ibn Hajar al-Haitami menjelaskan: “Pengutip cukai, penulisnya, saksinya, penjaganya, wakil-wakilnya, dan selain yang berkaitan dengan kutipan cukai merupakan dosa besar pembantu kezaliman, bahkan memungut cukai itu sendiri merupakan suatu kezaliman. Para pengutip cukai mengambil harta manusia secara haram dan mengagihkannya kepada orang yang tidak berhak. Oleh sebab itu, pengutip cukai tidak masuk syurga kerana dagingnya tumbuh daripada sumber-sumber haram. “ (1987: 299)
Kedua: Ulama Kontemporari antaranya
  1. Mulla `Ali bin Sultan al-Harawi al-Qari menyatakan: “Cukai adalah termasuk dalam salah satu kezaliman yang paling hina kerana pengutip cukai merampas harta pada waktu orang dalam kesempitan secara paksa, bukan berasakan cara yang dibenarkan oleh Syarak, juga bukan secara ‘uruf. Bahkan ia melampaui batas ke atas orang Islam, selain daripada mereka mengutip cukai ke atas orang bukan Islam. (al-Qari, 2002: 6/2337)
  2. Hafiz Ahmad ‘Ajjaj Karami menyatakan: “Dalam pemerintahan Nabi SAW, Baginda tidak mengenakan sebarang cukai tambahan dalam apa bentuk sekalipun, tetapi Baginda mengajak rakyat memberikan sumbangan apabila negara memerlukan kewangan tambahan. Bahkan terdapat sumber yang sahih bahawa Baginda melarang seseorang pemimpin membebankan rakyatnya dengan cukai.” (Karami, 1427H: 162)
  3. Fatwa Kerajaan Arab Saudi 23/489 (2009) : “Mengutip cukai kastam, samada cukai import atau eksport adalah termasuk dalam al-maks yang diharamkan. Bertugas sebagai pengutip cukai juga haram, walaupun kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai itu untuk membiayai pelbagai projek pembangunan.”
  4. Fatwa Kerajaan Brunei (1985): “Cukai adalah ditegah dalam Islam, sebagaimana tersebut dalam kitab-kitab Fiqh Islam dalam kitab al-Zawajir bagi Imam Ibn Hajar al-Syafi’i yang terkenal pada mukasurat 167 juz awal dan dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin muka 157, 158 dan 253. Katanya: “Cukai itu ialah sejahat-jahat mungkar bahkan ia suatu dosa besar...”
  5. Rujuk juga Qurratul ‘Ain bi Fatawa Ulama al-Haramain mukasurat 332.
Dalil dan Hujah Mereka
Ulama’ yang mengharamkan cukai secara mutlak berpegang kepada beberapa ayat al-Qur’an dan hadith sebagaimana yang dilampirkan di bawah.
  • Al-Qur’an
Antara dalil yang kuat dengan pengharaman ini ialah:
Firman Allah SWT:
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
 (Surah al-Baqarah: 188)
Pengutip cukai (al-maks) adalah antara golongan yang melakukan kezaliman kepada manusia, bahkan mereka menzalimi diri mereka sendiri. Mereka mengutip apa yang mereka tidak berhak ke atasnya dan menyerahkannya kepada mereka yang tidak berhak ke atasnya (al-Zahabi, t.th.: 115)
Firman Allah SWT:
وَيَا قَوْمِ أَوْفُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
Maksudnya: “Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.”
(Surah Hud: 85)
Maksud 'al-bakhs' yang dilarang dalam ayat 85 surah Hud adalah larangan mengurangkan hak manusia yang wajib kamu penuhi (al-Tobari, 2000: 15/446), dan bagi setiap apa yang dimiliki oleh seseorang tidak boleh dirampas daripadanya atau diambil secara yang tidak dibenarkan oleh Syarak, serta segala pengurusannya mestilah berdasarkan keizinan Syarak (al-Razi, 1420H: 24/528). al-Khattabi (w388H) menjelaskan, pemimpin yang mengambil cukai (al-maks) secara zalim daripada rakyat adalah termasuk dalam maksud 'al-bakhs' yang dilarang dalam ayat tersebut (al-Khattabi, 1982: 1/219).
  • Al-Hadith
Antara hadithnya pula:
Daripada Ruwaifi’ bin Thabit al-Ansari RA berkata, Sabda Nabi SAW:
إنَّ صاحبَ المكْس في النارِ
Maksudnya: Sesungguhnya pemimpin yang mengenakan al-Maks (sebahagian ulama menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam neraka.”
Riwayat Ahmad (4/109), al-Tabarani (4493) al-Suyuti (2290), 

Daripada ‘Uqbah bin Amir RA berkata, Sabda Nabi SAW:
لا يدخُلُ الجَنَّةَ صاحِبُ مَكسٍ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga pengutip cukai.”
Riwayat Abu Daud (2937). Hadith ini mengikut pendapat Abu Daud adalah soleh atau boleh digunakan.
Yazid bin Harun menjelaskan, “Sohib maks ialah al-'asysyar (pengutip cukai 'usyur ke atas rakyat yang beragama Islam)." (al-Hakim, 1990: 1/562) Juga bermaksud pengutip cukai yang mengambil harta orang ramai secara haram (al-Asbahani, 2004).
Al-Maks juga bermaksud kutipan cukai yang biasanya digunakan merujuk kepada golongan yang melakukan kezaliman dalam proses jual beli (Muslim, t.th.: 3/1323).
Pendapat Kedua: Harus
Ia terbahagi kepada dua keadaan. Keadaan pertama, harus bagi kerajaan mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahah umum pentadbiran negara. Keadaan kedua adalah, ianya harus dikenakan hanya kepada rakyat yang kaya pada waktu tertentu atas keperluan tertentu yang mendesak. Pada keadaan yang biasa, ianya haram.
  • Pandangan Ulama
Ulama Terdahulu
  1. Kerajaan dibenarkan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran Negara. Pendapat ini dikemukakan oleh Ibn Hazm (t.th.: 4/281), Ibn Taimiyah (1995: 29/194-786), Ibn al-Musili al-Syafi'i (t.th.: 195), al-Syatibi (1992: 1/619) dan Ibn Khaldun (1995).
Menurut Imam al-Syatibi: “Jika seseorang Pemimpin yang ditaati oleh rakyatnya berhajat untuk menambah bilangan tentera untuk menjaga perbatasan Negara serta memelihara kestabilan Kuasa yang semakin luas kepada tanah jajahan yang lain, sedangkan sumber perbendaharaan Negara dalam Baitul Mal sudah habis, serta keperluan tentera semakin meningkat dan perbelanjaan tidak mencukupi, maka Pemimpin - dengan syarat beliau seorang yang adil - boleh mengenakan cukai kepada rakyat yang kaya bagi memenuhi keperluan tersebut. Sehinggalah perbendaharaan Negara dalam Baitul Mal sudah kembali mencukupi. Pemimpin juga dalam masa yang sama perlu berusaha untuk mencari sumber pendapatan Negara daripada sumber yang lain seperti kutipan sewa, pertanian dan sebagainya... Pendapat seperti ini tidak dikemukakan oleh ulama terdahulu kerana sumber perbendaharaan Baitul Mal pada zaman mereka adalah banyak, berbeza dengan Baitul Mal zaman kita. Isu ini perlu dibahaskan dan maslahah dalam isu ini adalah jelas. Jika Pemimpin zaman kini tidak menggunakan sistem seperti ini (iaitu sistem percukaian), maka kuasa Pemimpin akan tergugat, maka Negara Islam akan terdedah kepada penguasaan kuasa kafir. Dengan syarat kuasa yang dimiliki oleh Pemimpin itu digunakan secara adil.” (al-Syatibi, 1992: 1/619).
Ulama Kontemporari antaranya
  1. Syeikh Mahmud Syaltut (al-Fatawa al-Kubra, 16)
  2. Syeikh Muhammad al-Ghazali (Mi’ah Su’al ‘an al-Islam, 256)
  3. Syeikh Abu al-A’la al-Mawdudi (Nazariyat al-Islam, 313)
  4. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi (Fiqh al-Zakat, 2/987)
  5. Syeikh Dr. Ahmad al-Raysuni
Dalil dan Hujah Mereka
Ulama’ yang mengharuskanya, berpegang kepada beberapa ayat al-Qur’an dan hadith sebagaimana yang dilampirkan di bawah.
  • Al-Qur’an antaranya
Firman Allah SWT:
انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
(Surah al-Taubah: 41)
Kewajipan berjihad dengan mengeluarkan harta tidak termasuk kewajipan membayar zakat. Ini membuktikan bahawa selain daripada wajib membayar zakat, umat Islam juga wajib mengeluarkan hartanya untuk berjihad. Dan antara urusan jihad ialah Kerajaan memerlukan perbelanjaan ketenteraan bagi menjamin keselamatan negara. Oleh itu, Kerajaan boleh mengenakan cukai sebagai salah satu cara memenuhi maslahah tersebut (Ibn Hazm, t.th., Ibn Taimiyah, 1995; al-Qaradawi, 2006).
Firman Allah SWT:
قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَى أَنْ تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا Maksudnya: “Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"
 (Surah al-Kahfi: 94)
Al-Syaukani menjelaskan bahawa maksud al-kharaj dalam ayat di atas adalah ‘apa yang dikutip oleh pemimpin’ (al-Syaukani, 1414H: 3/368). Ayat ini menjelaskan bahawa pemimpin perlu mengumpulkan sumber pendapatan negara bagi memelihara kepentingan umum negara dan rakyat , bahkan pemimpin boleh mewajibkan rakyat untuk mengeluarkan sebahagian harta mereka. Ini termasuklah pemimpin boleh mewajibkan rakyat membayar cukai (Ibn al-‘Arabi, 2003; al-Qaradaghi, 2009)
  • Al-Hadith antaranya
Fatimah binti Qais meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
إنَّ في المالِ لَحَقًّا سِوَى الزكاةِ
Maksudnya: 'Sesungguhnya dalam harta itu ada hak yang wajib dikeluarkan selain zakat.'
Kemudian Nabi membacakan ayat 177 surah al-Baqarah.”
Riwayat al-Tirmizi (659)
Tarjih
Setelah meneliti dua pandangan di samping melihat kepada realiti semasa, maka mengambil cukai daripada rakyat yang diletakkan dalam satu sistem percukaian adalah harus dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Antara alasan bagi menyokong pendapat keharusan ini ialah
  • Dalil yang dikemukakan bagi pengharaman bersifat umum sedangkan nas berkaitan percukaian adalah bersifat khas.
  • Perkataan al-maks bukanlah bersifat dan tafsiran seperti yang dinyatakan secara mutlak tetapi ia telah ditafsirkan secara khusus oleh ramai ulama’.
  • Realiti semasa berpandukan kepada negara di dunia ini begitu banyak mengamalkan sistem GST berbanding SST.
  • Pengambilan yang dilakukan hendaklah bersifat adil dan juga pengagihannya hendaklah benar-benar kepada sasaran atau untuk maslahah ‘ammah. Imam al-Syatibi dalam al-I’tisam telah memberi pendapat membenarkan pihak pemerintah memungut cukai dengan dhawabit yang tertentu.
  • Suasana ekonomi sesebuah negara perlu diambil kira termasuk di Malaysia di mana keadaan ekonomi masih lagi tidak mencukupi dari beberapa sumber dan hasil mahsul justeru keperluan mengenakan cukai GST adalah bersifat mendesak. Ini selari dengan kaedah fiqh yang masyhur sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Jalaluddin al-Suyuti dalam al-Asybah wa al-Nazha’ir: “Perbuatan pemerintah terhadap rakyatnya adalah bergantung kepada maslahat.”
  • GST adalah sebahagian daripada ijtihad ekonomi berkenaan keharusan cukai pada sekadarmemenuhi maslahat umum pentadbiran negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Mahmud Syaltut (al-Fatawa al-Kubra, 116) dan kemaslahatan awam sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Abul A’la al-Mawdudi (Nazhariyat al-Islam, m. 313)
  • Pendapat ini telah diteliti secara langsung dan diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali ke-106 yang bersidang pada 21-22 Oktober 2014 telah bersetuju dan memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau ulil amri untuk mengutip cukai seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat. Pelaksanaanya hendaklah berpandukan parameter syarak.
Secara umumnya pada 25 Mac 2015 yang lalu, saya selaku Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali ke-90 dan telah mengajukan pertanyaan berhubung perkara ini sebagai pengukuhan. Kesimpulan yang dapat saya nyatakan bahawa keharusannya adalah lebih kuat tetapi dengan dhawabit (syarat-syarat) dan cadangan yang dikemukakan dan ia hendaklah dipatuhi.
Semoga kita dapat memahami isu ini dengan lebih baik.
Realiti Semasa
Saya maksudkan di sini perlaksanaan GST di negara di dunia ini maka didapati negara yang melaksanakan GST cukup banyak. Pada masa kini, terdapat 160 negara di dunia yang telah melaksanakan VAT/GST.
Bilangan negara berdasarkan rantau adalah seperti berikut:
No. Rantau Bilangan
Negara
  • ASEAN = 7
  • Asia = 19
  • Eropah = 53
  • Oceania = 7
  • Afrika = 44
  • Amerika Selatan = 11
  • Caribbean, Amerika Tengah & Utara = 19
Daripada 160 negara, lapan negara adalah bukan Negara Anggota Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB):
  • Azores;
  • Taiwan;
  • Kepulauan Faroe;
  • Isle of Man;
  • Jersey;
  • Kosovo;
  • Madeira; dan
Berdasarkan pengamatan kami, banyak juga negara Islam telah melaksanakan GST kecuali Arab Saudi, Brunei dan beberapa buah negara yang lain yang mana keadaan ekonomi mereka begitu stabil dan kaya.
Cadangan
Di sini saya mengambil kesempatan mencadangkan kepada pihak berkuasa untukmempertimbangkan beberapa perkara agar kegusaran dan kegelisahan di kalangan masyarakat dapat dihindarkan. Antaranya :
  • Kadar 6% hendaklah dikurangkan mengikut kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini.
  • Masyarakat Islam yang membayar zakat tidak lagi dikenakan GST atau satu mekanisma khusus diwujudkan agar tidak berlaku dua kali pembayaran sehingga terbeban umat Islam itu sendiri.
  • Ketelusan dalam pelaksanaan ini dengan penuh integriti dan amanah perlu dipertingkatkan bagi mereka yang terbabit dalam urusan GST ini.
  • Rakyat jelata dan orang ramai begitu ternanti-nanti ingin melihat hasil daripada percukaian GST, akan dibaikpulih kualiti sistem pengangkutan awam, kemudahan awam, pembelajaran dan lain-lain yang bersifat maslahah ‘ammah.
  • Penerangan yang menyeluruh disebarkan terutamanya sebarang kekeliruan yang bermain di minda masyarakat hendaklah dijelaskan dengan sebaik mungkin.
  • Mekanisma dan cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang-orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai. Begitu juga mekanisma supaya tidak berlaku eksploitasi orang yang tidak bertanggungjawab yang perlu dikawal sebaik mungkin agar kemaslahatan terzahir.
  • Mengenalpasti beberapa barangan atau perkhidmatan yang semestinya tidak dikenakan GST terutama yang bersifat ta’awun seperti takaful dan lain-lain.
  • Kerajaan mesti memantau harga di setiap peringkat dari semasa ke semasa samada di peringkat pemborong, pengilang, mahupun peruncit.
  • Penguatkuasaan undang-undang seperti Akta Pencatutan Harga mesti dilaksanakan dengan tegas bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan.
Dalam konteks muamalah atau hal ehwal keduniaan, Islam membuka ruang kepada pelbagai ijtihad dan pandangan yang boleh berubah mengikut zaman dan tempat kerana prinsip digariskan Allah SWT:
يُرِيدُ اللَّـهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
Maksudnya: “Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran”
(Surah al-Baqarah: 185)
Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
  1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.
  2. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:
  • Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar'iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain
  • Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai bagi memenuhi maslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan.
  • Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi'i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.
  • Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:
الشريعة وضعت لمصالح العباد ودرء المفاسد عنهم
"Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka".
  1. Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah يُتَحَمَّلُ الضَّرَرُ الْخَاصُّ؛ لِأَجْلِ دَفْعِ ضَرَرِ الْعَامِّ (Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:
  1. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;
  2. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;
  3. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
  4. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;
  5. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;
  6. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan Setempat;
Pengertian Sebenar Sahibu Maks (صاحِبُ مَكسٍ)
Sepertimana terdapat dalam hadith di atas
لا يدخُلُ الجَنَّةَ صاحِبُ مَكسٍ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga pengutip cukai.”
Riwayat Abu Daud (2937). Hadith ini mengikut pendapat Abu Daud adalah soleh atau boleh digunakan.
Akan tetapi ramai di kalangan ulama mendhaifkannya.
Tafsirannya telah dibuat oleh ramai ulama’. Berdasarkan analisa kepada pendapat ulama, ciri 'al-maks' yang diharamkan oleh Nabi Muhammad saw ialah:
  • Cukai yang dikutip (al-Harawi, 2001: 10/54; al-Farabi, 1987: 3/979; Ibn Manzur, 1414H: 6/220; al-Zabidi, t.th.: 16/514-516) secara zalim (al-Khattabi, 1982: 1/219; al-Rahibani, 1994; al-Raysuni, 1992: 352) dan melampaui batas (al-Baghawi, 1983: 10/61), oleh pegawai kerajaan yang zalim (Muslim bin al-Hajjaj, t.th.)
  • Cukai tersebut tidak berasaskan kepada kebenaran Syarak (al-Alusi, 1981: 273; Ibn Muflih, 2003: 10/347; al-Hijawi, t.th.: 2/52; al-Buhuti, t.th.: 3/139; alSyawkani, 1993: 7/132; al-Rahibani, 1994: 2/619; al-Qari, 2002: 6/2337).
  • Cukai dikutip, diagih dan diurus secara berlawanan dengan hukum Syarak (al-Suyuti, 1994: 19/500).
  • Cukai yang dikutip mempunyai elemen rasuah kerana pada asalnya 'al-maks' yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliyah, wakil pemerintah mengutip 'al-maks' daripada peniaga di pasar secara batil (alMaqrizi,1418H: 3/218).
  • Cukai yang dikutip menjejaskan hak orang miskin (al-Bayhaqi, 2003: 7/26).
  • Cukai yang dikutip membebankan pembayar cukai seperti dikenakan cukai ketika dalam kesempitan dan dikutip secara paksa (al-Qari, 2002: 6/2337).
  • Cukai yang dikutip untuk digunakan sewenang-wenangnya oleh pemimpin tanpa berdasarkan kepentingan umum (al-Munawi, 1988: 2/505).
  • Berkata guru kami Fadhilat al-Syeikh Muhsin al-Abbad, makna tidak masuk syurga bukanlah bermakna seseorang itu kafir dan kekal dalam neraka atau juga tiada jalan baginya ke syurga tetapi sebenarnya ancaman dan memberi amaran dengan sesungguh-sungguhnya. Begitu juga ia bukanlah bermaksud orang pertama yang memasuki syurga.
Mengikut pandangan Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Dr. Ali Mahyuddin al-Qurrah Daghi menegaskan bahawa kalimah maks dalam konteks hadith ini membawa maksud sejenis cukai yang diwajibkan oleh sebahagian pemerintah dan penyokong mereka untuk bermewahan dengannya walaupun menyusahkan rakyat mereka.
Pandangan Pakar Ekonomi
Dilampirkan beberapa pandangan pakar ekonomi berkenaan GST. Antaranya:
  • Profesor Dr. Asan Ali Golam Hassan
Ahli Jawatankuasa Majlis Profesor Negara (MPN)
Menurut Ahli Jawatankuasa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr. Asan Ali Golam Hassan, menerusi GST, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) boleh membuat pemantauan di setiap peringkat - pengilang, pemborong, peruncit hingga ke pengguna.
Dalam pada itu katanya, pemantauan boleh dilaksanakan menerusi pengumpulan data oleh kerajaan yang perlu dihantar peniaga setiap bulan.
Tegasnya, ia berbeza dengan sistem cukai yang digunapakai sekarang, iaitu pemantauan hanya di peringkat pengilang yang mengenakan cukai barangan.
Katanya lagi, menerusi GST, peniaga perlu memikirkan jumlah cukai korporat yang perlu dibayar jika ingin menaikkan margin keuntungan sesuka hati.
Ia kerana, selain JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga akan memainkan peranan penting bagi memastikan setiap peniaga menjelaskan cukai korporat setiap tahun.
Tegasnya, peniaga perlu membayar lebih banyak cukai korporat seandainya mereka menaikkan margin keuntungan.
Katanya, pelaksanaan GST adalah adil kepada semua pihak yang terlibat termasuk pengguna yang selama ini menanggung cukai barangan.
  • Datuk Dr. Mohamed Ariff
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)
Kerajaan harus melaksanakan GST pada 2012.
Tahun 2012 adalah masa yang paling sesuai untuk melaksanakan GST kerana pada masa itu ekonomi dijangka berada di landasan yang betul.
Pengenalan GST adalah penting untuk kestabilan hasil Kerajaan terutama selepas krisis ekonomi global.
Utusan Malaysia, 21 Ogos 2009

  • Datuk Paul Selvaraj
Ketua Pegawai Eksekutif Penyelidikan Pengguna dan Pusat Sumber
Saya percaya apa yang kerajaan cuba lakukan sekarang boleh memberi manfaat kepada pengguna dalam jangka masa panjang, tetapi hanya jika mereka jujur dan telus mengenainya.
Apabila anda bercakap tentang mengenakan cukai baru, ia adalah lumrah bahawa sukar bagi orang ramai pada mulanya untuk menerimanya.
Mengapa saya katakan ini berkesan kerana ia adalah mudah, jika anda mahu lebih, anda bayar lebih.
Kita tidak boleh hidup dan bergantung kepada subsidi, ia akan membebankan kerajaan lebih dan kita tidak boleh sentiasa dimanjakan.
Malay Mail (Diterjemahkan), 27 November 2009

  • Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid
Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur
Pelaksanaan GST adalah adil dan tidak membebankan rakyat.
GST telah dilaksanakan di 140 negara (data terkini melebihi 160 buah negara). Rakyat harus memahami objektif pelaksanaannya.
Keputusan kerajaan untuk memberi pengecualian GST ke atas keperluan asas seperti produk pertanian dan barangan makanan asas adalah dihormati.
Kerajaan perlu mencari sumber baru pendapatan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan dalam jangka masa panjang.
Kerajaan tidak patut terlalu bergantung kepada cukai pendapatan dan cukai yang dikutip dari Petronas.
Utusan Malaysia, 19 Disember 2009
Penutup
Saya nukilkan di sini pendapat mufakkir Islami al-Syeikh Muhammad al-Ghazali dalam kitabnyaMi'ah Su'al 'an al-Islam antara lain membahaskan berkenaan dengan isu percukaian. Beliau berkata: “Aku pernah mendengar ucapan daripada sahabat yang menetap di Eropah sejak sekian masa dan aku begitu kagum dan tidak lupa sesungguhya pada hari penyediaan belanjawan negara dianggap sebagai hari perayaan kegembiraan yang menyeluruh dan terpancar pada wajah masing-masing.
Beliau berkata di sebahagian negara akan dikatakan kepada pembayar cukai, kajilah secara terperinci cara kamu belanjakan dan lihatlah di mana kami letakkan harta yang kami ambil daripada kamu. Mereka melaksanakan maslahah ‘ammah dengan penuh amanah dan integriti. Membiayai pusat pengajian dan hospital. Ini kerana mereka mengambil harta dengan sebenar, memberi dengan penuh penglihatan, membahagi dengan penuh keadilan. Maka tidaklah diwajibkan cukai melainkan persetujuan ahli parlimen dan tidak dibelanjakan melainkan dengan persetujuan.
Inilah yang perlu ditahqiqkan oleh negara agar pelaksanaan percukaian memberi manfaat dan maslahah kepada seluruh rakyat samada dari segi pendidikan, dakwah, penyediaan kapal perang, ketenteraan, persenjataan yang memerlukan kepada sejumlah harta. Saya mengakhiri perbincangan ini dengan mengharapkan agar manfaat daripada percukaian dan harta yang dipungut akhirnya dibelanjakan untuk maslahah ummah dan diberikan tanpa sebarang ungkitan selaras dengan firman Allah:
وَمَا يَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَلَن يُكْفَرُوهُ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ بِالْمُتَّقِينَ
Maksudnya: “Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah Ali Imran: 115)
Sekali lagi saya berdoa kepada Allah semoga Allah mencukupkan rezeki kita dan rezeki negara kita sehingga menjadi negara yang stabil dan makmur ekonominya sehingga GST dapat dikurangkan kalaupun tidak dapat dihapuskan. Semoga Allah mengurniakan kepada kita kefahaman yang baik dan menjadikan semua di kalangan kita mendapat petunjuk dari-Nya. Amin.
Akhukum Fillah
DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Mufti Wilayah Persekutuan


Copy Paste#

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...