Tuesday, March 25, 2014

ke mana kita?




Jalan, atau dalam bahasa omputehnya "road"



Macam-macam jenis jalan yang ada di sini, ataupun luar negara.

Ada jalan, yang mungkin bertampal-tampal.

Ada jalan, yang berduri-duri yang berkemungkinan merosakkan kenderaan kita.

Ada pula jalan, yang bertol perlu dibayar.



Kepelbagaian jenis jalan kan?

Tapi dalam menggunakan jalan-jalan yang tertentu, pasti akan temu akhirnya bukan?

Masing-masing punya pilihan hendak mengambil jalan yang mana.

sememangnya, dalam menggunakan jalan , kita mestilah berkehendakkan jalan yang selamat bukan?

kadang-kadang kita guna jalan yang berbayar pun, kalau penuh dengan kereta dan kenderaan lain, bazir jugak kan?

Ada juga jalan yang kita guna, tak berbayar, mungkin memudahkan kita untuk ke destinasi  kita, dek kerana
kurangnya kenderaan.Biarpun jauh.

Begitu juga dengan kehidupan.

Manusia diberi pilihan. diberi jalan kebaikan , juga diberi jalan kejahatan.

dalam mengharungi jalan ke syurga. Ada cabarannya. Itu sudah pasti.

tidak ada jalan lain melainkan dengan bersabar, dan beramal soleh!

Allah berfirman dalam surah An Naziat ayat ke 40 dan 41


79:40

40 :Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
79:41
41; Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.



adapun, jalan kesyurga sangat sedikit orang yang meminati nya, mungkin kerana pada zahirnya,  kelihatan seperti jalan yang sudah "lama" dan "old fashion road", namun pada hakikinya, itulah kejayaan yang sebenar-benarnya!

Jalan ke neraka pula ramai yang meminati nya, akan sebab keseronokan pada zahirnya, tapi pada hakikinya, itulah jalan yang membawa kebinasaan.

Jangan pernah mengalah untuk bermujahadah, untuk berjuang ke sana, melawan hawa nafsu dan jangan tertipu dengan apa yang ada didunia dengan keseronokan sementara ini!

berusaha, berusaha dengan terus berusaha, sampai ke penghujung jalan.


"a Muslim should be like a two way ticket holder; he has utilized his ticket in coming to this world, and awaiting his return journey back to where he came from. A traveller should always remember his return journey, or he will be left behind."



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...