Tuesday, December 25, 2012

Segalanya amalan yang bermula dari niat.

Alhamdulillah, terbuka akhir hati saya untuk membuat post yang baru. Terima kasih Ya Allah kerana telah permudahkan urusanku didunia ini.Moga-moga post yang saya buat ini akan menjadi manfaat untuk diri saya dan para pembaca sekalian.


Para pembaca sekalian, pada post kali ini, saya akan bicarakan soal kebaikan yang kita lakukan pada harian. Seperti tersebut pada sebuah hadis yang diriwayat Al-Bukhari dan Muslim :
daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a, aku mendengar Nabi s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niatnya,Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya mengikut niatnya menuju Allah dan Rasul-Nya.Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijranya dinilai mengikut tujuan hijrah itu."
 Keterangan hadis

  •    Amalan hanya diambil kira jika disertai dengan niat. Amalan bermaksud segala perkataan dan perbuatan yang dilakukan oleh mukallaf sama ada fardhu atau sunat ; sedikit atau banyak.
  • Hijrah pula bermaksud meninggalkan sesuatu kepada suatu yang lain. Maksudnya dalam syarak ialah meninggalkan larangan Allah s.w.t



Apa maksud niat?


Bahasa :        Kehendak hati atau tujuan hati.
Istilah :        Gerak hati melaksanakan sesuatu perkejaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH s.w.t
Disini lah kini mengaplikasikan penggunaan niat. Contoh nya, jika kalau kita bekerja apakah niat sebenarnya kita bekerja? 
adakah kita bekerja kerana inginkan harta yang banyak dan pangkat yang tinggi? adakah kita belajar kerana terpaksa?
contoh harian yang sering kali pelajar hadapi. :-
bisik hati harian ,"hmm . kalau aku dah graduate nanti, aku nak bukak syarikat sendiri., aku nak jadi orang yang kaya. "tips kepada para penuntut ilmu- 
  1. ikhlaskan lah diri untuk belajar kerana Allah SWT .sekiranya mati dalam menuntut ilmu ia dikira sebagai mati syahid
  2. niatlah menuntut ilmu bagi mencari kebenaran hakiki iaitu mengenali Allah SWT serta sifat sifat kesempurnaanNya.
  3. Tuntutlah ilmu bagi mengangkat martabat umat islam



Sesungguhnya perbetulkan lah niat kita , agar kita mendapat keredhaanNya. Jadilah hamba yang taat dan mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa. Sesungguhnya tiada yang kekal abadi. Allah jualah tempat kita kembali.Mari kita sama sama beramal dengan niat yang ikhlas kerana Allah.
 Allahu'alam. terima kasih kerana membaca :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...