Sunday, May 8, 2011

Bersyukur la wahai sahabat :)

Assalamualaikum kepada pembaca ,dan sesiapa yg diluar sana. ;)
Inilah kali pertama saya menulis kembali blog!Apa khabar kawan2 di luar sana? saya harap semua sihat alhamdulilah .
kali ni haris akan menulis tentang luahan hati haris tentang hidup harian haris.hehehe


Kita diberi nikmat akal namun kenapa kita masih tidak berfikir?
kita sentiasa merungut tentang kehidupan kita!
tidakkah kita terfikir setiap kejadian itu di tentukan oleh Allah S.W.T
dan dalam setiap kejadian itu pasti ada jalan keluar nya.Insyaallah 
Kita diberi nikmat anggota badan yang sempurna,namun kenapa kita tidak menggunakannya untuk jalan yang benar?
kita sering merungut bahawa badan kita ini sentiasa keletihan untuk bersolat ,untuk bersukan,untuk belajar!
Tidakkah kita berfikir bahawa, sebenarnya ada yang kurang bernasib baik. Ada yang tangan kudung kaki kudung dan sebagainya. Kita haruslah bersyukur kerana kita tidak menderita ,sebagaimana mereka menderita.
Kita diberi nikmat kelapangan ,iaitu masa. Kita diberikan 24 jam satu hari pada setiap individu. Terpulanglah bagaimana kita hendak membahagikan masa itu. Ingat, setiap masa yang diberi adalah emas. Bak kata pepatah, masa itu emas. Jika kita tidak menggunakan dengan sebaik nya, kita berada di dalam kerugian.
Disebabkan itu, pelajar /pekerja/ ceo dan sebagainya menyalahgunakan masa yang kita peroleh! ada yang sepatutnya pergi kelas,namun memonteng kelas. ada yang sepatutnya bekerja, tetapi mencuri tulang dengan melencong ke tempat lain.Ingat, nanti akhirat kelak kita akan disoal satu persatu tindakan di atas bumi.


Jadilah ,hamba Allah yang beriman wahai kawan-kawan dengan bersyukur atas nikmat yang di beri oleh Allah. 
Smpai disini lah blog saya pada hari ini. Yang baik datangnya Dari Allah S.W.T
yang buruk datangnya dari diri saya. Assalamualaikum dan salam sejahtera.












No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...