Monday, February 3, 2014

Manusia TAK SAMA!!

Assalamualaikum semua. smoga semua sihat dan dipanjg kan oleh Allah ^_^

Kita ini bila tengok satu orang buat salah. Mesti nak label orang.Mesti nak sama kan. 

tsk tsk

Usop : Ish dia ni. kurang ajar, betul!

Popai : memang betul , orang cina/melayu/india/kaum dll  memang macam .

Pernah hadapi/dengar perbualan seumpama seperti ini?

haa ini ini lah yg dinamakan "stereotyping "

 haa? apa tu steriotip er? Hah?

hehe ini maksudnya ;

A stereotype is used to catergorize a group of people. People don't understand that type of person, so they put them into classifications, thinking that everyone who is that needs to be like that, or anyone who acts like their classifications is one.


haa. dalam maksud yang senang nya,

kita senang2 melabel orang mengikut sesuatu kaum/kumpulan.

Tsk tsk.

Bukankah Allah menciptakan kita ini berbeza?

kedudukan mata mungkin berbeza, satu hidung di tempat yg sama, dua telinga di tempat yg sama.

Tetapi tidak mungkin karakter,dan sifat manusia sama. Sedang mata pun boleh berbeza, ini kan perangai!!


Ada lah suatu kisah yg berlaku di lapangan Jeddah.

terdapat suatu hamba Allah yg dduk dikerusi airport dgn meletakkan tangannya, di atas bahu kerusi tersebut.

kemudian datang lah, satu keluarga arab yg datang untuk duduk di kerusi aiport yg sama.

posisi mereka belakang dgn saudara tersebut.

Lalu terkenalah, tangan saudara tersebut dengan salah satu keluarga arab tersebut.

Apabila terkena. lalu ayah kepada keluarga arab itu menegur nya.

Pada mulanya, saudara tersebut menyuruh untuk menjarakkan kerusi nya dgn kerusi mereka.

tetapi keadaan menjadi keruh apabila saudara tersbut berkata ;

Think before you complaint. You arabs always complaint! You arabs should respect us, no matter we are malaysian, indonesian. We dont need your money, we just need your respect.

HAH>? apakah, bisik hati aku, kebetulan aku berada satu kerusi dgn keluarga arab itu.

Tersentap mendengar kata2 yang kasaq tu, ayah kepada keluarga arab itu melaporkan perkara ini kpd pengawal lapangan terbang ni.

lalu jadilah suatu petengkaran di antara keluarga dari (tak nak namakan) dan dari negara arab.

Yang peliknya., keluarga saudara tersbut menyokong tindakan anaknya.

adek beradek dan maknya berkata kepada anak keluarga arab yg mungkin berumur bawah belasan tahun

"Your dad is stupid, crazy"
aku dduk di sebelah makcik arab tersebut, sangat terkilan dengan kata2 yg dari tanah air saya juga.

Ibu keluarga arab itu, hanya mendiamkan diri dan bersabar. Suatu tindakan yg saya fikir,tindakan yg bijak

kerana dgn sifat sabar itulah, mengelakkan kekecohan lagi.

Saya hanya dduk diseblah makcik itu, tidak bermaya untuk berbuat2 apa.

saya cakap ke makcik arab itu,

"Im sorry auntie"

kemudian makcik itu mengangkat tangannya, mungkin mengatakan, tidak mengapa.

Setelah itu, anak arab itu membelas nya

"you are crazy!"
ibu nya cuba memujuk anaknya, supaya diam dan tidak bergerak.

Mujur terdapat pakcik berumur 50 an agaknya, mengajak si kecil dduk disebelahnya.

Setelah mendengar dan melihat perkara ini, keluarga saudara itu, berkata

" ada pulak melayu bodoh yg menyokong"

Whadde??

OH well, at least aku dapat pahala free~~

sangat malu apabila satu kaum yg sama dgn aku, berada di tanah arab, mengutuk, dan menyamakan semua arab adalah sama.

Apakah mereka tidak  tahu bahawa insan yg termulia Muhammad bin Abdullah  juga seorang arab?

Apakah mereka tidak tahu dikalangan sahabat Nabi SAW ada yg arab jugak?

Haiyoo.

geleng kepala 360
---------------------------


Moral of the story, ::


  1. Dont ever generalized people
  2. Dont be ego
  3. Jangan bertindak terburu-buru dalam membuat keputusan
  4. Banyakkan bersabar dan berdiam.
  5. Jangan layan orang yg menyalak.

    Sangatlah malunya. Mudah-mudahan Allah bukakan hati kita untuk lebih berhati-hati dalam berkata-kata dan bertindak.

    Semoga Allah memelihara kita dari dosa-dosa dan azab api neraka!

    Allahumma amin!

Wednesday, January 29, 2014

Cinta. Apakah?

Assalamuaikum!
Semoga semua berada dalam kesihatan yg baik ^_^
Fuh lama nya aku tak berblogging!
Okay tajuk kali ni agak relevan org² muda . Tapi  tidak bermakna yg dah lanjut umur tak relevan.
Jadi. Apakah cinta?
Adakah ianya suatu benda yg kita dapat melalui couple?
Ataupun dari sms/whatsapp/facebook/twitter dll.
So macamana?
Itu hak masing² nak definisikan maksud cinta itu.
Bagi saya.
Cinta itu suatu perkara yg sangat mahal.
Perkara yg susah untuk diraih, kerap kali tidak dihargai.
Hmm jadi penulis ni ada makwe ah?
Macam touching je.
Ahoy!
Jangan fikir bukan² hahaha
Saya bagi contoh yang sangat simple.
Basically, bagi yg bergelar muslim, kita percaya bahawa Allah , adalah Pencipta kita.
Dia lah yang menghidupkan kita, dan mematikan.
Dialah yang Maha Pemberi.
Memberi perkara sekecil² perkara hingga sebesar² perkara.
Contohnya dia memberi kita udara yg bersih untuk bernafas.
Memberi kita 2 biji mata untuk melihat.
Tidakkah itu suatu tanda kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya?!
Lalu kita , selaku hamba, kerap kali lupa akan Sang Pencipta kita, sedang kita ini dicipta olehNya.
Tulah yg sy nak cakapkan tadi. So clear dah?
Untuk mencintai makhlukNya, kita perlu mencintai Allah terlebih dahulu, baru kita hidup kita akan lebih bahagia.
Cinta suatu perasaan yg sangat sukar digambarkan.
Tetapi bagi saya, cinta kepada makhlukNya, kerana Allah, adalah cinta yg sangat superb dan osem!
Cinta kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Cinta kepada ibu bapa.
Cinta kepada keluarga.
Cinta kepada jiran tetangga kita.
Cinta kepada saudara seislam kita.
Cinta kita umat Nabi muhammad SAW.
Semuanya dicinta kerana Allah.
Cinta keranaNya, adalah suatu cinta tidak mungkin ada bandingan.
Sebelum kalian bercintan cintun,mencari pasangan.
Siapa bakal imamku.
Siapa isteri solehahku.
Dan soalan yg sewaktu dgn nya.
Sila belajar untuk mencintai Allah!
Blajar untuk mengenalNya, mendekatiNya
Belajar untuk mencintai makhlukNya untuk Dia!
Dengan memperoleh kecintaanNya lah baru kita mendapat kebahagian.
Orang yg memberi, akan mendapat apa yg dia beri.
Org yg tidak mencintai tidak akan dicintai!
Ayuh!. Sama² meraih mardhatillah!

Monday, January 20, 2014

Tak takut?

Assalamuaikum semua!
Mudah-mudahan semua sihat belaka! ;)
Korang pernah tak nak buat kerja jahat, tapi rasa macam taknak buat, sebab korang tahu dosa?
Kalau korang pernah rasa macam tu, saya ucapkan tahniah dan syabas!
Kerana korg ada iman !
Tapi kan pernah korang zaman skrg ni,
Banyaknya membuat kerosakan dan kemungkaran. Contohnya ;
Tidak melaksanakan solat!
Mencuri duit tabung masjid/surau
Berzina, meminum arak.
Berbohong dlm urusan dunia
Tidak amanah apabila diberi suatu tanggungjawab.
•curi² makan ketika bulan ramadhan!
perbunuhan bersiri,perogol bersiri,penderaan anak.
Haa. Korang mesti tahu kan perkara² ni lah, yg kita sedang lalui, dalam masyarakat kita.
Syukur Malaysia masih aman!
Ai?*i smell sarcasm please.!
Kata Ustaz Azhar Idrus dalam satu kuliahnya,
"Tidak dicabut keislaman seseorang melainkan dengan mencabut keimanan seorang muslim itu. Apabila dicabut keimanannya, maka hilanglah sifat ketaqwaannya, dan lenyaplah identiti keislaman itu!"
Ha amek!
Islam atas dasar kad pengenalan sahaja!
Tiada ilmu dan amal.
Seseorang itu tidak mengenali Allah dgn sifat-sifatNya , dan sifat mustahil maka mana mungkin dia memahami konsep kehidupan bersyariat yg dianjurkan islam.
Apa erti kehidupan yang tiada agama.
Ibarat rumah yg besar, tetapi tiada penghuni.
Hidup mewah, kaya raya, tetapi tidak mengenal Tuhan.jiwa yang meronta-ronta kekosongan tanpa pengisian.
Tiada erti kehidupan..
Bila tidak mengenal Allah, maka wujudlah kerosakan dibumi
Meninggalkan solat 5 waktu dikira okay.. apantah lagi kalau berzina!
Mereka tidak rasa bersalah dalam melakukan dosa. Malah ada yang berbangga!
Moga Allah selamatkan kita dari krisis yg melanda umat ini!
Maka, permasalahan yang utama dalam masyarakat kita bukan sperti berikut
kekurangan polis
kurang cctv
kurang guru pendidikan islam
Tetapi yg paling utama sekali adalah memperbetulkan akidah umat ini.
Perkara akar sekali!
Foundation(asas) sesebuah rumah mesti kukuh!
Kalau tidak pasti esok lusa, pasti suatu hari akan runtuh.
InshaAllah.apabila akidah betul, tindakan seseorang itu inshaAllah betul, kerana sedar akan kwujudan Allah !
Barulah terbinanya sifat taqwa seseorang dan bertambah lah keimanan seseorang itu kepada Allah!
Kehidupan tanpa mencari redha Allah, adalah kehidupan yg sangat merugikan, bukan disini sahaja, di hari akhirat!
Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan rahmat pada kita, untuk sentiasa sedar, tujuan hidup kita yg sebenarnya!
Kata ustaz amin;
Orang yang tahu tak semestinya sedar, tetapi orang yang sedar inshaAllah dia tahu!
Ok. Sekadar itu sahaja dari saya..
Peace yaw!
Allahua'alam


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...