Monday, January 20, 2014

Tak takut?

Assalamuaikum semua!
Mudah-mudahan semua sihat belaka! ;)
Korang pernah tak nak buat kerja jahat, tapi rasa macam taknak buat, sebab korang tahu dosa?
Kalau korang pernah rasa macam tu, saya ucapkan tahniah dan syabas!
Kerana korg ada iman !
Tapi kan pernah korang zaman skrg ni,
Banyaknya membuat kerosakan dan kemungkaran. Contohnya ;
•Tidak melaksanakan solat!
•Mencuri duit tabung masjid/surau
•Berzina, meminum arak.
•Berbohong dlm urusan dunia
•Tidak amanah apabila diberi suatu tanggungjawab.
•curi² makan ketika bulan ramadhan!
•perbunuhan bersiri,perogol bersiri,penderaan anak.
Haa. Korang mesti tahu kan perkara² ni lah, yg kita sedang lalui, dalam masyarakat kita.
Syukur Malaysia masih aman!
Ai?*i smell sarcasm please.!
Kata Ustaz Azhar Idrus dalam satu kuliahnya,
"Tidak dicabut keislaman seseorang melainkan dengan mencabut keimanan seorang muslim itu. Apabila dicabut keimanannya, maka hilanglah sifat ketaqwaannya, dan lenyaplah identiti keislaman itu!"
Ha amek!
Islam atas dasar kad pengenalan sahaja!
Tiada ilmu dan amal.
Seseorang itu tidak mengenali Allah dgn sifat-sifatNya , dan sifat mustahil maka mana mungkin dia memahami konsep kehidupan bersyariat yg dianjurkan islam.
Apa erti kehidupan yang tiada agama.
Ibarat rumah yg besar, tetapi tiada penghuni.
Hidup mewah, kaya raya, tetapi tidak mengenal Tuhan.jiwa yang meronta-ronta kekosongan tanpa pengisian.
Tiada erti kehidupan..
Bila tidak mengenal Allah, maka wujudlah kerosakan dibumi
Meninggalkan solat 5 waktu dikira okay.. apantah lagi kalau berzina!
Mereka tidak rasa bersalah dalam melakukan dosa. Malah ada yang berbangga!
Moga Allah selamatkan kita dari krisis yg melanda umat ini!
Maka, permasalahan yang utama dalam masyarakat kita bukan sperti berikut
•kekurangan polis
•kurang cctv
•kurang guru pendidikan islam
Tetapi yg paling utama sekali adalah memperbetulkan akidah umat ini.
Perkara akar sekali!
Foundation(asas) sesebuah rumah mesti kukuh!
Kalau tidak pasti esok lusa, pasti suatu hari akan runtuh.
InshaAllah.apabila akidah betul, tindakan seseorang itu inshaAllah betul, kerana sedar akan kwujudan Allah !
Barulah terbinanya sifat taqwa seseorang dan bertambah lah keimanan seseorang itu kepada Allah!
Kehidupan tanpa mencari redha Allah, adalah kehidupan yg sangat merugikan, bukan disini sahaja, di hari akhirat!
Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan rahmat pada kita, untuk sentiasa sedar, tujuan hidup kita yg sebenarnya!
Kata ustaz amin;
Orang yang tahu tak semestinya sedar, tetapi orang yang sedar inshaAllah dia tahu!
Ok. Sekadar itu sahaja dari saya..
Peace yaw!
Allahua'alam


Thursday, January 16, 2014

Kalau lah?

Pernah atau tidak korg terasa diri serba serbi tak lengkap?

Pernah atau tidak korg terasa diri korg mcm ni" Kalau lah, aku pilih sekian ,sekian, aku mesti dah lepas ke sana sini,aku dah pergi jauh etc"

Kalau jawapan yea. Yes korang adalah makhluk yg normal , spesis dengan saya. Kehkehkeh

Pernah suatu ketika, aku bermuhasabah kembali zaman-zaman muda dahulu kala.

lalu terbentuklah satu monolog dlm diri ku.

Aku bercakap dgn diriku ini

"Kalau aku rajin dahulu, aku mungkin dah belajar diUitm, ataupun UIA. kalau tak pun aku dah jadi penghafaz quran."

Kenapa lah aku tak berfikir cita-citaku? Kenapa aku tak rajin? "

Selepas itu terdetik semula, dalam fikiranku bahawasanya Allah jualah yg sebaik-sebaik Perancang.

Sebaik mana pun perancangan kita, tidak mungkin kita boleh menandingi takdir tuhan.

Mungkin kalau aku memilih jalan sekian. Mungkin aku tidak melalui jalan dakwah ini.

Mungkin aku masih di zaman jahiliyah aku. Hanya melihat duniawi sebagai satu matlamat yg tiada penghujung.

Kini. dgn pertolonganNya jualah, dipermudahkan segala urusanku.

Persepsi tentang Islam telah berubah 360 darjah. Aku melihatnya sebagai suatu agama yg meliputi segala aspek kehidupan.

Aku ditemukan oleh Allah, dgn para-para ustaz , sahabat-sahabat yg baik lagi soleh, ditambah pula dgn majlis-majlis ilmu, program ilmiah,dakwah,usrah dsb.

Tersentak juga fikiranku. Ada baiknya Allah pilih aku berada disini.

Allah gantikan sesuatu yg lebih dari apa yang aku fikir baik untuk ku.

dalam firmanNya;

 "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (2:216)"
datang pula seorang kawan , yg baru sahaja berjinak-jinak dgn Islam. kawan yg berbangsa cina yg memeluk islam di bumi kuantan.

saudara seislam dan juga kawanku menceritakan tentang takdir Allah kepada aku :

"Hey ,haris you know what?, before this i feel very sad because i moved to Another house leaving my friends there. So i feel very sad, because i left my friends behind. After a few weeks, i met you , haris.

I feel so happy , i have a friend here. I feel grateful that Allah has given me a friend like you. Its like Allah replacing something better for me. "

Me: Ha yeke? Im not better if compared to them, its just that, maybe i have alot of free time. Im not so busy, so we can meet anytime.

Allah loves you my brother. You dont look down on your past. Because your future is not based on your past, you can still change your future, by doing the best today for tommorow.

You'll never know someday maybe you'll be much, much better than me. Maybe perhaps a syeikh maybe."

lalu kita berdua bergelak ketawa suka.

Oh aku akan rindu kawan aku ini. Aku doakan dia agar sentiasa berjaya dan diberi hidayah dalam hidupnya.

Ini lah perjalanan kehidupan seseorang. kata ayahku.

Setiap orang ada perjalanan tersendiri, masing-masing memilih jalan mereka. Tetapi kalau ada tersungkur, pasti boleh bangun, dan tidak mustahil untuk menjadi lebih berjaya."

Belajar bersyukur dengan jalan yg kita berada, dan ambil pengajaran tentang kesilapan yang lepas.

memang benar, pengalaman mungkin menjadi guru terbaik kita.

perbaiki diri, dan muhasabah diri. Mustahil ada yang sempurna. kita semua ada cacat cela.

jangan pernah putus asa dengan Allah.

Bersolatlah, bermunajatlah. Kerana Allah Maha Mendengar, Dia Maha Dekat. Dekatkan diri dengan Allah, insyaAllah akan permudahkan.

Saya mendoakan kebaikan bagi semua yg membaca post saya yg sgt emosi ini hihi. Assalamualaikum.




Wednesday, December 25, 2013

Apa sebab kita disini?

Assalamualaikum and peace be upon all of you. ceh ceh. sebenarnya sama je maksud dua-dua perkataaan tu.
Indah kan islam. Kita nak jumpa orang pun kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan pada orang lain.

Alhamdulillah, banyakkan syukur ke hadrat ilahi kerana memilih kita sebagai orang muslim.

Nikmat yang terbesar diberi pada kita, harus lah kita pelihara iaitu iman dan islam.

Bak kata Ustaz Azhar Idrus" Islam boleh disimpulkan dengan kalimah syahadah, boleh juga terputus simpulan tersebut akan sebab tidak menjaga,maka molek-molek la jaga islam kita"

Pertama sekali, saya minta maaf sebab tak dapat nak update blog ni. Maklumlah kita sibuk dengan urusan duniawi, kolej, final projek, final exam dll.

Pada kali ni, haris nak ambil tajuk yang agak sinonim dengan kehidupan harian kita.

Ye. Kehidupan kita. Berkenaan dengan perjalanan kehidupan kita.

Sebenarnya kan kita hidup ni ada "purpose of life"

mesti banyak yang bertanya. Huh? Purpose of life tu amende?

Hehe saje nak spiking. Kita hidup ini mesti ada matlamat hidup.

So,apa matlamat hidup kita yer?

Cuba jawab soalan ini dengan jujur.

Kalau jawapan korg macam berikut, ;

1)Mestilah untuk mendapat kerja yg power  dan gaji yang tinggi. Kaching kaching, bling bling*sound effect duit*

2) Dapat isteri yang cun melecun-Bagi lelaki
   Dapat suami yang handsome, machoman etc-Bagi perempuan

3) Of course la untuk mendapat kereta bmw 7 series yang berwarna rainbow n rumah sebesar istana. *Okay.Macam striking pulak kan kalau kaler rainbow*

4)huh. Ada ke purpose of life?


Tahniah! Kalau jawapan korang kena dengan jawapan semua di atas maka, anda SALAH!

Jangan risau.. boleh try again*scroll ke bawah cri jawapan*


Okay. Jom kita cari jawapan yang betul dari perspektif islam.

kita sebagai manusia diciptakan oleh Allah. Pasti ada tujuan.
Tidak ada perkara yang Allah ciptakan yang sia-sia.

Begitu juga dengan manusia, Allah tidak hidupkan manusia untuk main-main, suka-suka atau tanpa tujuan.

Ini dia jawapan Tuhan tentang misi hidup manusia:-








Hidup kita untuk menjadi hamba Allah (beribadah).

Aik? Jadi aku kena duduk masjid solat, zikir dan duduk dalam masjid 24 jam, 365 hari lah?
Me: Adoi*facepalm*
Relax2. Jangan salah faham.Ibadah hendaklah kita ambil dari sudut pendekatan secara menyeluruh dan holisitk.

Senang cerita. Ibadah ni ada 3 bahagian.

1)Ibadah Asas
-Perkara yang berkaitan rukun Iman dan rukun Islam.
-Asas kepada semua jenis ibadah.
-juga dikenal sebagai fardhu ain
-diwajibkan kepada setiap mukalaf
Jadi apakah tujuan ibadah asas?
senang je. Ia untuk membentuk seseorang menjadi muslim yang sejati.
2) Ibadah Sunat
-amalan-amalan sunat contohnya seperti zikir,puasa sunat, solat-solat sunat, membaca alquran dll.
-Ibadah ini macam extra.
Apa tujuan ibadah sunat?a)Menampung kekurangan yang terdapat pada ibadah asas. Contohnya kekurangan dalam solat lima waktu(Tak khusyuk,lain2)
b)Mendapat keredhaan dan kasih sayang Allah.
Jangan pandang enteng amalan-amalan sunat. Allah sayang dan cinta pada mereka yang melakukan amalan-amalan sunat. Sebab tu buat untung. Tak buat rugi!
3)Ibadah Umum.

Ibadah umum ialah segala perbuatan ,tindakan, kelakuan dan aktiviti-aktiviti selain daripada ibadah asas dan ibadah sunat.

Yang ni lah yang merangkumi banyak perkara dalam aspek kehidupan kita, tidak mengira tempat, waktu , siapa.Anytime anywhere, anyhow.
Aktiviti yang contoh nya mengayuh basikal, main futsal*tutup aurat*,angkat dumbell, memasak, membaca buku dikira sebagai ibadah umum jika diniatkan kerana Allah, dan bertepatan dengan syariat dan tidak melanggar hukum-hukum tersebut.


MasyaAllah.  Ada jugak pahala kan?

Sayangnya Allah akan kita, Dia beri pahala atas kerja-kerja yang kita lakukan. huuu terharu :'))
Ibaratnya ketiga-tiga ibadah ini seperti pokok.

ibadah asas umpama akar , ibadah sunat seperti batangnya, ibadah umum ini macam buah-buahan/dahan-dahan.

dengan asas yang kuat, pokok tersebut akan tumbuh dengan kukuh, batang yang diberi kecukupan mineral ia akan berdiri dengan teguh dan tegak, hasilnya akan membuahkan buah-buahan yang manis ataupun dahan-dahan yang cantik.

aplikasikan dalam kehidupan kita. Baru lah kita akan jadi muslim yang power !  

Jadi apa lagi. Jom kita jadi Hamba Allah! 
sumber rujukan:
http://www.islamgrid.gov.my/articles/ibadah/pengertian-ibadah.php
Mukmin Professional-Pahrol Mohammad Juoi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...