"Mat,engkau dengar tak
apa aku cakap ini. “, kata Salman, dengan perasaan yang sedih dan letih
kerana kata-kata tidak didengari oleh Muhammad, rakan karibnya sejak di bangku
sekolah.
Ketika itu, Mat tersengih-sengih melihat whatsapp
yang di hantarnya kepada Ton, seorang gadis yang paling cantik di Kolej
mereka.Dek kerana keasyikan membalas whatsapp kekasih hati yang tidak halal
baginya, dia tidak mengendahkan langsung apa yang diperkatakan oleh Salman.
“Mat, engkaukan pejuang
agama, utamakan apa yang lebih utama dari ini, ini melemahkan engkau! Cinta
sifatnya menyuburkan, memperteguhkan diri untuk perjuangan, bukan melemahkan
engkau, bukan membuatkan engkau lalai!”, kali ini, Salman
meninggikan nada suaranya.
Mat tersentap dengan kata-kata rakannya yang
“islamik” itu. Dia menjeling Salman, lalu menekan butang lock screen bagi Iphone 6
barunya itu. “Ah bising la engkau Man, tak payah la islamik
sangat, diam-diam jelah!”
Salman, tertumbuk mendengar kata-kata Muhammad. Dia
tahu, kalau dia membalas semula, apa yang dikatakan oleh kawannya itu, akan
menyebabkan pergaduhan. Makanya, dia pilih untuk mendiamkan diri, lalu senyum
sebagai tindak balas untuk tidak meretakkan tali persahabatan mereka.
Muhammad, adalah seorang yang MPP di Kolejnya, dan
memegang jawatan sebagai exco ekonomi bagi kelab Dakwah Islam. Mukanya persis
pelakon Orlando Bloom, kulitnya kuning langsat, gaya rambutnya seperti David
Beckham, pemakaiannya yang mengikut trend, menjadikan dia seorang yang
popular di kalangan wanita.
Setiap statusnya yang islamik, pasti akan
mendapat sambutan. Dalam beberapa minit akan mendapat 1000+ like, dan beratus
share. Setelah mendapat sambutan, like dan share, pasti aka n ada gadis-gadis
yang menulis di ruangan komen status tersebut.
Berbeza
dengan Salman, walaupun dia seorang yang tampan, berkulit putih, tetapi dia
seorang yang tidak di kenali ramai, lebih-lebih lagi di kalangan kaum hawa. Dia
juga seperti Muhammad, seorang yang memegang jawatan tinggi di dalam kelab
Dakwah Islam, namun dia menitikberatkan tentang pergaulan di antara perempuan
dan lelaki. Bagi Salman, seorang lelaki yang mahu memperjuangkan agama
seharusnya, menjaga pergaulannya bukan sahaja di khalayak ramai, tetapi juga di
alam maya juga. Prinsip yang teguh ini, di pegang oleh Salman sejak dari bangku
sekolah lagi, menjadikan dia seorang yang berpendirian dalam kehidupan.
Petang itu, seperti hari-hari biasa, Muhammad akan
mengayuh basikal di sekeliling kampus kolejnya. Kebetulan pada petang tersebut,
ramai pula kelihatan berdating. Ramai dikalangan siswa dan siswi yang kononnya
bergelar islamik , terjebak dalam perjumpaan sebegini.
Muhammad berbisik di dalam hatinya ,“ Eish
dorang ni, takkan tatau apa hukumnya berdating dan bercouple.Bukan ke haram?”. Dia
hanya mampu berbisik di dalam hatinya, namun tidak mampu untuk mencegah
kemungkaran. Hatinya binggung, kerana tidak mampu mencegah kemungkaran, hanya
dapat membenci di dalam hati. Dia meneruskan mengayuh basikalnya untuk kembali
ke blok asramanya, kerana kelihatan matahari sudah ingin terbenam, hampir
menjelang maghrib.
Setelah bersiap-siaga untuk solat berjemaah
maghrib, Salman menegurnya,“Weh,Mat jomlah sekali, dah azan dah ni, cepat
sikit sampai”.
“Vroommmm”, berdetum-detum bunyi
motosikal lama milik Salman. Sesudah tiba di masjid, kedengaran imam mengangkat
takbiratul ihram, “Allahuakbar”. Mereka berdua bergegas ke tempat wuduk,
dan terus ke dewan solat. Terkumpullah,
sekalian pelajar dan orang awam, untuk menunaikan solat, kewajipan bagi umat
Islam di sana.
Biarpun tubuh badan Muhammad berada di dewan solat, tetapi fikirannya menerawang memikirkan gadis pujaan hatinya. Dia teringat mesej whatsapp yang di hantar oleh Ton, “Awak hati-hati naik motosikal, jaga diri, solat dengan khusyuk ye!” . Hatinya tidak khusyuk, memikirkan whatsapp yang seterusnya. Begitu licik sekali, iblis menipu hamba-hamba Allah, menipu melalui mesej-mesej yang berbunyi Islamik.
Bergelut dengan fikiran yang melayang, tetiba
kedengaran imam memberi salam. Lalu Muhammad pun, menamatkan solatnya itu.
Setelah tamat solat, Muhammad terus meluru memegang Iphone 6, yang
canggih itu, dengan membuka aplikasi whatsapp. Dia menaip “Assalamualaikum,
sudah selesai solat maghrib? :) “,dengan laju sekali dia menulis kepada Ton, gadis
berpurdah yang berkulit putih menjadi kegilaan ramai di kampus.
Kebetulan Salman, yang berada disebelahnya, menyedari
akan perkara ini. Dia hanya memerhati sahaja, dan memilih sekali lagi untuk
mendiamkan diri. Dia tahu, rakannya itu sedang hangat bercintan-cintun dengan
Aton. Menyedari hal ini, Salman
berhati-hati dalam ingin menegur. Dia ingin memilih masa yang sesuai untuk
menasihati kawannya itu.
Setelah selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid
Makmur, para jemaah disajikan pula dengan ceramah oleh ustaz jemputan.
Kebetulan, tajuk pada malam itu, berkenaan cinta. Bertepatan dengan situasi
Mat, yang kononya sedang bercinta. Salman berbisik pada Mat,” Weh, Mat, baik
engkau dengar ni, pasal cinta.”
Mat pada mulanya ingin balik dan menyambung whatsapp
dengan Aton, tetapi setelah dipujuk oleh rakan baiknya itu, dia memilih untuk
duduk sementara menunggu waktu Isyak.
“ Alhamdulillah, bersyukur kita kepada
Allah, yang memberikan kekuatan kepada kita untuk menunaikan solat secara
berjemaah,” kata Ustaz tersebut yang berumur dalam lingkungan 50-an.
Mat merasa bangga, setelah mendengar kata-kata tuan
guru itu. Tetapi perasaannya berubah, apabila tuan guru itu menambah “Ketahuilah,
berapa ramai yang bersolat, tetapi solatnya itu tidak mampu memberi bekas pada
kehidupannya.Solat mereka hanya pergerakan fizikal, tidak langsung di sertakan
hati yang tunduk pada kekuasaan Ilahi. Hati mereka memikirkan perkara-perkara
yang bukan-bukan. Ini jelas bahawa, mereka mencintai perkara lain melebihi
cinta mereka kepada Tuhan.”
Mat terpaku. Dia terpinga-pinga mendengar ceramah tuan
guru itu. Seolah-olah dia disambar petir.Ceramah itu kena pada batang hidungnya
sendiri.
Mat berbisik pada dirinya,” ah, orang tua ni, kutuk aku ke?, entah-entah Salman ni dah rancang nak malukan aku kot,”.
Mat berbisik pada dirinya,” ah, orang tua ni, kutuk aku ke?, entah-entah Salman ni dah rancang nak malukan aku kot,”.
Setelah Mat mendengar sekerat kata-kata tuan guru itu,
dia pun memekakkan dirinya, dengan mengangkat kaki dan beredar balik ke biliknya.
Dia memilih untuk menunaikan solat Isyak bersendirian. Perasaan bercampur baur
dengan pelbagai perasaan.
Selesai sahaja solat Isyak, dia ke Kafeteria Selera. Dia beratur panjang untuk mengambil nasi
putih dan lauk ayam masak kurma. Kebetulan, Aton sedang makan dibahagian
Muslimat. Tersengih-sengih Aton dan Muhammad, kerana terjumpa secara kebetulan.
Tersenyum panjang Mat, setelah Aton beredar makan. Mat makan dalam keadaan yang
gembira, kerana terserempak dengan kekasih gelapnya itu. Setelah selesai,
menghadam makanannya itu, dia beransur ke biliknya.
Sesudah sampai ke biliknya, dia membuka lokernya,
untuk menukar pakaian. Baju kegemarannya iaitu baju pagoda, yang nipis , enak
untuk dibuat tidur, dan kain pelekat jenama yang paling diminatinya,
Gajah Baring. Terasa berangin apabila ingin tidur, lebih-lebih lagi kalau katil
yang berada diatas. Nikmatnya berganda-ganda. Selalunya selepas Isyak, Mat akan
membaca Al-Quran, tetapi setelah mendapat nombor Aton, dia tenggelam dalam
dunia kecintaaannya. Berwhatsapp sehingga ke lewat pagi. Kadang-kadang dia
tidur, pada pukul 1 pagi, kadang-kadang pukul 2 pagi.
Kononnya,
cinta hingga ke syurga. Tetapi pada hakikatnya di tipu oleh iblis. Licik
sungguh si iblis.
Setelah
azan subuh berkumandang, Salman mengejutkan si Muhammad. “Weh Mat, bangun
Mat, jom subuh”, kata Salman kepada Mat, sambil menggerakkan Muhammad yang
sedang tidur mati.
Setelah
beberapa kali diseru oleh si Salman, maka Salman terpaksa meninggalkan kawannya
itu.
“Huaa,
cerahnya, kenapa lampu terbuka ni”,
omel si Mat. Padahal bukan lampu yang terbuka, ia adalah sinaran matahari.
Langsir disengaja dibukakan oleh Salman, agar Mat senang untuk bergerak ke
kelas. Setelah mencelikkan mata, barulah Mat tersedar. Sudah pagi yang cerah,
dia terlewat untuk kelas ekonomi, yang di kendalikan oleh Encik Ridhuan,
seorang yang tegas dalam hal-hal berkaitan dengan masa. Dengan rasa gelisahnya,
dia segera mengambil tualanya yang busuknya itu untuk mandi kerbau. Sesudah
siap memakai baju yang berwarna biru gelap berjenama Topman, dia
bersegera untuk ke kelas ekonomi.
Kebiasaannya dia akan menumpang Salman untuk ke kelas ekonomi, namun pada kali
ini, dia terlewat, terpaksa dia berjalan kaki untuk ke sana. Kelas ekonomi pula
berada jauh dari asramanya, terpaksa dia berlari untuk mengejar masa.
Sesudah
sampai ke kelas ekonomi, dia ingin membuka pintu, tetapi telah di kunci oleh
Encik Ridhuan. Lalu, Mat menebalkan mukanya dengan mengetuk pintu tersebut.
“Pung,
Pung”, ketukan Mat
yang kedengaran hingga ke dalam kelas.
Encik
Ridhuan, yang lebih mesra dengan panggilan Encik Duan, meluru ke arah pintu.
Dia pun membuka pintu lalu berkata kepada Mat ,” Awak balik! Saya kan dah
cakap saya tak suka pelajar saya lambat. Macam mana awak susun masa awak hah?”
Muka
Mat merah pendam setelah di marahi oleh Encik Duan. Nasibnya sudah jatuh ditimpa tangga kerana sudahlah penat berlari ke kelas, tidak
boleh pula ke kelas.
Pada
hari itu pula , sepatutnya dia membentangkan kertas kerja ekonominya di hadapan
kelasnya tetapi di sebabkan dia tidak di benarkan masuk, maka dia tidak dapat
membuat perbentangan. Nasibnya sangat
malang. Terasa rugi. Hatinya berkecamuk, dipenuhi dengan perasaan yang
sedih. Dia membawa dirinya ke rumah Allah. Dia melakukan solat taubat. Dia
mengakui kesilapannya, dia berdoa dalam keadaan yang sangat khusyuk’ dengan
penuh harapan dia menadah tangan ke hadarat ilahi,” Ya Allah, tunjukkilah
aku jalan yang benar, sesungguhnya aku berasa diriku sangat lemah tanpaMu , Ya
Allah. Aku tidak tahu sedangkan Engkau Maha Tahu. Tunjukkan aku di mana silap
aku, agar aku tidak lagi mengulangi kesilapanku.”
Dengan
takdir Tuhan, Salman berada di situ, lalu dia menyapa Mat.
“Kenapa
ni, Mat. Kenapa engkau menangis? Dah-dah jangan menangis”,Salman mengeluarkan sapu tangannya, lalu mengelap air mata yang
membasahi pipi sahabat baiknya itu. Mat pun berhenti menangis, lalu bertanya
kepada Salman, “Kenapa hari ini, hari yang malang bagi aku , Man?
“Mat,
tiada yang malang bagi hambaNya yang dekat denganNya. Tiada beban yang Allah
berikan, melainkan berdasarkan kesanggupannya. Allah menguji hamba-hambaNya
mengikut kadar kemampuan mereka. Bagi menapis hamba-hambaNya yang benar-benar
ikhlas dalam berjuang di JalanNya.”
“Tapi
Man apa yang aku dah buat?”, soal
Muhammad.
“Cuba
engkau renungkan, sejak engkau tidak menjaga ikhtilat di alam maya, engkau dah
semakin sukar untuk beribadat kepadaNya. Suatu tiang dari agama telah
tertanggal, akibat engkau meninggalkan solat subuh. Bila kali terakhir, engkau
solat dengan benar-benar berharap padaNya? Bila kali terakhir engkau berdoa
dalam keadaan yang benar-benar meminta padaNya? Mungkin diri kita solat, tetapi
yang hadirnya badan sahaja, bukan dengan hati yang tenang dan akal yang sihat.”
“Jadi
apa yang harus aku buat,Man?” ,tanya
Muhammad lagi dengan kebinggungan.
“ Engkau
harus tinggalkan chatting engkau
terhadap Aton. Aku tahu ini sukar, tetapi anggaplah ini sebagai satu proses pengtarbiyahan engkau
untuk menjadi lebih baik dan lebih dekat dengan Allah.”, kata-kata Salman menusuk jiwa Muhammad.
Dia
terdiam seketika, mendengar kata-kata yang terbit dari mulut sahabatnya itu.
”Cintakan
fitrah?” soal Muhammad.
“Ya.
Cinta itu fitrah. Tapi, ingat, cinta boleh hancurkan kita, cinta juga boleh
meningkatkan darjat kita di sisi Allah, bergantung pada BAGAIMANA kita URUSKAN
cinta.Jangan ingat, cinta ni setakat cinta buayafriend ataupun gelifriend.
Jangan sempitkan sangat pemikiran tu wahai sahabatku. Cinta bukan sahaja untuk
itu sahaja. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada ibu bapa, dan
cinta kepada sahabat-sahabat.
Cinta
ni nikmat. Tanpa cinta, kita takkan mampu berkorban diri masa harta dan tenaga
untuk Allah. Tapi, bila Allah bagi sifat cinta, dan kita gunakan ia untuk cinta
Allah, maka kita akan sanggup korban segala-galanya untuk dapat Allah!
Janganlah
salah gunakan nikmat Allah ni dengan cinta yang tak sepatutnya.
“Bagaimana aku ingin melupai Aton? Aku asyik
teringatkan dia, dan aku rasa amat susah
untuk lupakannya!” soal Mat dalam
keadaan binggung.
“Seperti
mana kita selalu lupakan Allah, abaikan Allah, langsung tak hiraukan Allah,
langsung tak berkorban untuk Allah, dan sentiasa buat Allah marah, sehingga
kita LUPA dan LANGSUNG tak cintakan Allah, seperti itulah kita perlu buat
kepada orang yang kita cintai.Kalau kita mampu lupakan Allah selama ini, takkan
kita tak mampu lupakan orang yang kita cintai?”Menangislah dan berubahlah.
Rupa-rupanya, cinta kita kepada Allah selama ini adalah palsu. Pun begitu,
adakah kita sedar bahawa Allah masih lagi mencurahkan kasih sayangnya pada kita
walaupun Allah tahu bahawa cinta kita padaNya adalah palsu?Kerana itu,
taubatlah. Kembalilah pada Allah. Menangislah padanya. Dan, berubahlah!” Jawab Salman dengan tenang. Jawapan yang diberi amat sukar
untuk di terima oleh Muhammad.
Setelah
nasihat yang diberikan oleh Salman, Muhammad mula untuk mengoreksi dirinya
kembali.
Sedikit
demi sedikit, dia mula meng”unfriend” di facebook dan juga rakan-rakan di
Whatsapp, terutama yang bukan mahram. Dia mula merangkak dalam perubahannya
ini, dengan memulakan dengan membuang rakan-rakan yang tidak menutup aurat.
Kemudiannya, setelah mendapat kekuatan, dia membuang pula rakan-rakan yang
menutup aurat, yang tidak ada kaitan dengannya. Pada akhirnya, dia mampu
membuang Aton dari kehidupannya secara keseluruhan. Kini Aton telah pun
berhenti pengajian, kerana tidak mampu menerima hakikat yang dia telah
ditinggalkan oleh Muhammad.
Setelah
meninggalkan kehidupan jahilliyah, dia kini ternyata lebih hebat daripada
dahulu. Penghijrahannya memberi kesan yang mendalam di dalam kehidupannya. Dia
telah berjaya mendapat, anugerah Dekan bagi setiap semester. Selain itu, dia
juga menyaingi rakan baiknya, Salman dalam menguatkan jentera dakwah dan
tarbiah, penyusunan program untuk pelajar-pelajar di Kolej mereka. Namanya
disebut-sebut didalam dan diluar Kolej.
Setelah
berjaya istiqomah, dalam menjaga ikhtilat, dia telah bertemu jodoh dengan Naib
Presiden Kelab Dakwah Islam, Nur Jannah dan kini di kurniakan cahaya mata, yang
sangat comel yang bernama Saiful Islam, dan Hasanuddin. Semuannya asbab
Muhammad berjaya meninggalkan gaya hidup jahiliyyahnya, Allah gantikan sesuatu
yang lebih baik dari sebelum ini.
The End.