Sunday, October 12, 2014

Engkau muda. So what?


"Because being an ignorant muslim is too mainstream."

Cuba bangkit, sedarlah dari tidur engkau tu!

Bukan setakat, katil, kelas, kafe.

Mcm hamster pun ada juga.

Masa yang kita ada inilah, sepatutnya kita mengambil peluang ini untuk menggarap pelbagai pengalaman, ilmu pengetahuan dalam kehidupan.

Cuba lihat kehidupan diluar konteks kelas.

Ye. Pelajaran itu penting. Aku tak nafikan. Cuba fikirkan apa gunanya engkau pergi kelas, tapi masih dungu dengan isu yang melibatkan ummah.

Bukankah dengan pelajaran sepatutnya menjadi engkau itu cakna dengan kehidupan?

Menjadikan engkau insan yang bersifat manusiawi?

Bukan sekadar pergi kelas. Jawab exam. Lulus exam. Lepas tu kita enjoyy. Eh?

Hiburan itu berpadalah. Tak kata salah, dan tak kata haram. Ada masa kita enjoy, ada masa kita tengok buku, ada masa bersukan.

Lagi satu. Ramai juga pemuda, yang terperangkap cinta monyet.

Terpenjara dalam dunia cinta.

Konon uhibuki fillah.

Cinta tu fitrah.

Tapi jangan jadi fitnah.

Ada garis panduannya. Pergi kaji.

Engkau sibuk bergayut dengan awek engkau, sedang engkau sepatutnya menjadi tulang belakang pada agama ini.

Cinta itu menghidupkan bukan mematikan semangat.

Satu je prinsip aku. Kalau engkau hendak cinta yang baik, jadi insan yang baik. Tuhan pasti akan pertemukan engkau dengan jodoh yang baik.

Jadilah syabab seperti Syafie, Usamah bin Zaid, Muaz bin Jabal, Ali ibn Talib, pejuang agama yang sehingga hari ini namanya disebut-sebut, ibarat bintang yang sentiasa berkelipan.

Kembali kepada agama, bukan dengan sekadar celup-celup.

Dengan kembali kepada ajaran Islam, dengan sebenar-benarnya akan menjadikan kita manusia yang kewl lagi osem.

So guys. Korg tak mahu ke, penduduk langit menyebut nama korg?

Korg tak mahu ke syurga yang tertinggi?

Pasti semua nak kan?

Jom start sekarang.

Jangan berlengah lagi. Mari berlari mengejar mardhatillah. InshaAllah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...